in ,

Spek Dengan Lens Alpha 420 Ini Tahan Lasak Dan Sangat Murah


Sengaja aku pergi ke Sungei Wang Plaza kelmarin untuk jenguk kedai spek murah yang pernah viral di Facebook baru-baru ni. Yelah, harga spek dijual dengan harga RM38 untuk 3 hari berturut-turut sempena dengan pembukaan cawangan terbaru mereka. For sure golongan pemakai spek yang nak berjimat-cermat taknak lepaskan peluang ni kan.

Actually kalau nak tanya pengalaman aku dengan kedai spek viral ni, pernah je sebelum ni aku buat satu spek di cawangan mereka yang lain. Cawangan tu pulak kalau ditanya, tak adalah jauh mana dengan cawangan yang tengah viral ni – Ianya masih lagi terletak di Sungei Wang Plaza, di aras yang sama. Cuma di lot kedai yang berlainan.

Akan tetapi kali ni aku bukan nak cerita pasal cawangan yang dulu aku pergi tu. Tapi nak cerita pasal cawangan lain pulak, Eye Pro Vision namanya. Aku siap rekod satu vlog pendek in case korang confuse kedai spek cawangan mana satu yang betul, sebab kat Sungei Wang ni actually tokey dia ada 7 kedai spek.

Okay, so kalau korang nak tahu gambaran kedai spek Eye Pro Vision yang aku maksudkan tu, atas ni haa gambar depan kedai. Dan cawangan ini antara cawangan kedai spek murah viral yang aku sangat berpuas hati untuk buat spek. Hohoho.

Sebab apa aku kata puas hati?

Sebab penerangan yang diberikan adalah terperinci dan lens yang ditawarkan untuk kegunaan aku jugak sangat best, sehingga sampai ke hari ini aku masih rasa kagum dengan kualiti lens tu.. dan lens yang aku maksudkan ialah Alpha Lens 420.

By the way, dalam entri kali ni jugak tak ada lah aku nak cerita benda yang sama berulang kali kan. Kalau korang rasa nak tahu detail pasal Alpha Lens 420 tu, boleh je korang baca dalam entri aku yang terdahulu – Kedai Spek Murah KL

Cumanya sekarang, apa yang aku nak berkongsi cerita pulak bila berkunjung ke cawangan Eye Pro Vision ini, dimana ada satu lagi daya penarik yang membuatkan aku lagi rasa puas hati dengan penjualan spek murah ni.

Yelah.. murah tu satu hal, dapat jimat kos perbelanjaan. Satu lagi faktor yang best adalah spek nya tahan lasak. Tahan lasak tu bukan setakat tahan lasak sikit-sikit. Tapi bagi aku dah masuk kategori lasak extreme sampai boleh lentur-lentur biarpun bingkai spek bingkai murah.

Tak percaya? Layan dulu vlog aku ni.

Haa.. ngeri kan tengok cara dia kepak spek tu. Seriously, kalau suruh aku buat. Memang aku tak berani nak kepak sampai macam tu sekali biarpun harga spek tu baru RM65.

Hati aku belum cukup kering, melainkan ter”test” tanpa sengaja.. Sama ada anak aku terduduk atas spek, ataupun aku sendiri terpijak tanpa sengaja. Hahaha. Tapi, berani potong rambut la.. fizikal spek tu mesti masih utuh sebabkan aku rasa “test” yang tokey ni dah buat lagi kaw-kaw kot. Hohoho.

So, disebabkan keterujaan aku melihat bingkai spek ini boleh dilentur sebegitu extreme. Balik daripada kedai, bertambah la spek aku lagi sepasang. Walaupun kalau ikutkan harga promosi ialah RM65 siap semua sekali, tapi aku taknak pakai lens biasa.

Tapi aku request untuk upgrade masukkan lens Alpha 420. Ala tambah RM60 je pun. Total jadi RM125.

Sejujurnya bagi aku, pakej sebegini murah dengan kualiti bingkai dan lens yang mantap adalah sangat berbaloi. Spek weh.. benda kita pakai hari-hari. Dapat lens yang dapat jaga mata dengan sempurna, lagi bingkai tahan lasak..apa lagi kau nak, kan?

By the way, kalau ada kawan-kawan yang rasa ragu dengan servis diorang sama ada betul-betul bagus ataupun “mula-mula je bagus”.. aku suggestkan korang untuk terus walk in je ke cawangan Eye Pro Vision ni. Rasai sendiri pengalaman buat spek murah kat sana.

Lebih baik, kalau korang boleh contact bos diorang sendiri jugak yang namanya, William. Bagitahu nak power berapa tinggi ke, nak request lens Alpha 420 yang boleh tukar warna ke.. tanya dia direct tanpa melibatkan orang ketiga.

Nak lagi extra diskaun RM10, korang bukak blog aku kat handphone.. tunjuk je entri blog ni pada owner kedai. Owner kenal aku. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *