in ,

Speedtest P1 MiFi – MX230


P1 logo

Akhirnya tempoh percubaan P1 MiFi selama 5 minggu ini telah tiba ke penghujungnya. Sedikit sebanyak tentang kelebihan produk ini telah diceritakan didalam entri INI dan juga entri INI.

Sebelum melabuhkan tirai bersama P1 MiFi, cuma tinggal seperkara lagi yang perlu diselesaikan. Iaitu janji Hafiz kepada pembaca tentang review speedtest sepanjang penggunaan peranti on the go ini.

Seperti yang korang sedia maklum, connection speed bagi peranti on the go ini mampu mencecah 10Mbps jika kena pada tempatnya (sila semak entri terdahulu). Sesuatu yang mengagumkan jika kita lihat angka tersebut diatas kertas. Jadi bagi memastikan apa yang tertulis didalam kertas itu boleh digunapakai dan dijadikan panduan, Hafiz telah membawa peranti ini ke beberapa tempat yang selalu Hafiz jejakkan kaki.

Bangi Sogo Sg.besi Serdang Rnr serdang PPUM P1 office Mid Kuantan Kl Jln templer

Jika dilihat dari screenshot yang Hafiz sempat rakamkan, walaupun kesemua result bagi speedtest peranti ini tidak mencecah 10Mbps dan kadar pingnya agak tinggi..bagi Hafiz ia masih lagi ditahap yang memuaskan. Kenapa memuaskan?

Kerana..bukan senang bagi peranti sekecil ini mendapatkan connection speed yang lajunya seperti fiber optic. Kadang-kadang untuk mendapatkan connection speed yang sebegitu, pengguna terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi. So dengan adanya P1 MiFi ini secara tak langsung memberikan pilihan yang lebih untuk pengguna yang kurang berduit seperti Hafiz untuk memilih.

Nota: Untuk semakan liputan dikawasan korang, sila layari http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. Serik nak pakai P1 lagi. Walaupun tempat saya sepatutnya mencapai kelajuan maksima tapi kerana rumah yang tidak mengadap ke pencawang P1 speednya sangat menyedihkan. Untuk yang nak guna P1, kaji dulu kedudukan rumah sebelum melanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *