in ,

Speaker X-Mini ME Memang Terbaik


Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.

Yeah.. Speaker X-Mini ME in da house. Walaupun pada pandangan mata kasar saiznya tampak kecil, tapi jangan pelik bila aku katakan kualiti audio yang dihidangkan oleh objek mini ini mampu memukau hati korang.

Speaker X-Mini ME

Bak kata pepatah, dont judge the book by its cover okay. Aku sendiri dah merasai kehebatan speaker X-Mini ME ini dalam tempoh beberapa hari lepas. Malah jika dibandingkan ia secara one to one bersama speaker standard laptop Samsung aku sekalipun, perbezaannya sangat ketara.

Tahap kekuatan volume pada speaker yang direka khas untuk smartfon dan juga tablet ini dilihat lebih berkuasa hampir 2 kali ganda dan sudah semestinya ianya sesuatu yang tidak mengecewakan. Tiada lagi kedengaran bunyi-bunyi pecah.

Hohoho..senang kata, ayat yang paling sesuai untuk aku labelkan ialah;

Puas hati gua cakap lu!

Bukan itu je. Disebabkan juga speaker X-Mini ME ini kecil, ia boleh dibawa ke mana-mana saja kerana ia didatangkan sekali dengan landyard dan rekabentuk yang cool.

X-Mini ME

Agak tak keterlaluan agaknya jika aku kategorikan ia sebagai aksesori lifestyle terbaru yang boleh dijadikan trend oleh generasi Y masa kini contohnya seperti aksesori-aksesori lain seperti monopod, powerbank, clip-on fish eye lense dan macam-macam lagi.

Oh ya.. Apabila dah disebut tentang aksesori lifestyle, macam mana pula dengan harganya?

Well, harga aksesori sepatutnya murah. Sama juga seperti speaker X-Mini ME ini. Dengan harga dipasaran yang bernilai SGD29.90, bagi pendapat aku ia adalah sesuatu yang worth it to buy. Bersesuaian dengan kualiti yang diberikan.

Jadi bagi yang berminat untuk mendapatkan speaker ini, boleh melakukan pembelian secara online dilaman web rasmi mereka iaitu Store.X-Mini.com.

Rating: 4 out of 5 sebab dia bagi kabel pendek.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. wow menarik. Sya ada 1 speaker kecil. Boleh lah… tapi bila betri dah habis tak boleh pakai pula. Boleh lah try speaker ni nanti.

  2. assalamualaikum.. awk bli ktne ye? warranty bpe lme? nk bli jgk nie. sy mmg tgh mncri speaker yg comel2. huhu. hope awk sudi btaw.

Leave a Reply to hafizmd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *