Bertempat di Level 6 Menara 3 KLCC, Hafiz bersama beberapa lagi blogger lain yang dijemput sebagai media telah menghadiri satu majlis pelancaran Sistem Solar Photovoltaic (Solar PV) terbesar di atas bumbung sebuah pusat beli-belah di Malaysia. Projek yang dikolaborasi oleh Petronas bersama Mitsubishi Corporation ini sejajar dengan saranan kerajaan untuk memastikan pembangunan yang mampan sekaligus memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
Solar PV, adalah satu sistem yang menggunakan panel solar bagi menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik.
Sistem ini dilancarkan secara rasminya oleh Y.B. Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Dihadiri juga oleh Y.Bhg Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin Ketua Pegawai Operasi Petronas, Encik Hashim Wahir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd dan En.Kazuyuki Mori Timbalan Presiden Mitsubishi Corporation.
Berlandaskan seni bina Islam yang bercorakkan songket tradisional dengan kapasiti puncak 685 kilowatt ini telah dipasang pada ruang yang berkeluasan 9000 meter persegi diatas bumbung pusat membeli belah Suria KLCC. Pemasangan yang telah dimulakan pada April 2011 hanya mengambil 9 bulan untuk disiapkan. Fuh, sudah pasti tenaga kerja yang digunakan cekap-cekap belaka.
Dan yang paling menarik tentang projek ini, tenaga bersih yang dijana daripada sistem ini mampu menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon kira-kira 360000 kg karbon dioksida setahun. Disamping itu ia juga berperanan untuk menjana kuasa sehingga 600 megawatt setahun manakala elektrik yang dihasilkan adalah bersamaan dengan menyalakan kira-kira 7,700 buah mentol LED pendarfluor untuk tempoh 12 jam setiap hari. Memang satu sistem mesra alam yang mengagumkan.
Alangkah bagusnya jika semua shopping complex turut serta menggunakan sistem yang sama. Taklah ketara sangat pemanasan global. Tak gitu kawan-kawan?
Pemandangan dari atas memang menarik….
haha..bila masa korang gi sana haa..
ada la..dating baik punye..hahaha
sronok tgk blogger pergi event..
meh la ciktom join skali kalau ada event
Sebelum ni dah terbaca pasal corak songket tu, tapi tak nampak sebab takder gambar disertakan, bila baca artikel ni barulah nampak sebab ada gambar dari atas tu, memang cantik corak yang digunakan untuk pemasangan solar pv ni.
saya tak tahu pun ada apa sebenarnya kat roof top..lepas pergi baru tau..hehehe
sekarang ni memang kena ambil berat tentang pemanasan global.
masih ada lagi yang belum sedar dan faham lagi apa itu pemanasan global.
fuh~
betul tu..makin hari makin panas dah
Saya pun suka tengok pemandangan dari atas yang sangat menarik.. Rugi saya tak pergi masa tu… 😉
memang rugi bro..bukan selalu boleh naik atas tu..mungkin sekali seumur hidup..hehehe
lawanya pemandangan dari atas ye :]
Semoga lepas ni boleh diaplikasi kat rumah-rumah pulak
setuju
memang cantiklah pemandangan daripada atas tu..
pemandangan yang mana tu bro? hahaha
satu sistem tenaga yang perlu digunakan di negara kita.. 🙂
satu perkembangan yang bagus untuk memulihkan alam sekitar
Baik untuk kesihatan alam! Green Building yer!
As salam singgah,
1. Tenaga solar mmg sumber alternatif yg amat2 menarik dan mesra alam
2. Harapan ambe mcam bro jugak, harap2 kilang dan syarikat besar sanggup laburkan kos utk pemasangan sistem solar ni demi alam sekitar kita
3. entri ni best dan pemandangan dt atas mmg cantik, makan g+1 utk entri ni =)
oo benda ni lah yg nampak atas bumbung i setan tu yek .. good ..
akk tweet
ooooow..korang p yang solar nie waktu tu si boni pakai seluar pinjam kan…hahaaa
Yesza..tepat sekali seluar pinjam hiphop..hahaha
Kegunaan photovoltaic solar adalah boleh dikatakan sumber hijau. Sudah tentu perkara yang berkaitan dengan mesra alam perlu disambut baik.
jika kos penghasilan panel pv ni dpt dikurngkan..makin ramai yg guna dan boleh menjimatkan tenaga..
setuju tu bro
Kalau pasang kat rumah dya bertindak macam mana eh?