Soft Shell Crab Di Restoran Horizon Garden Bangi

Ini adalah kali pertama aku dan isteri menjejakkan kaki ke Restoran Horizon Garden di Bandar Baru Bangi. Terletak di Seksyen 8, ia mudah dicari kerana lokasinya yang berdekatan dengan Taman Tasik Cempaka.

makan-makan horizon garden

First impression ketika memasuki restoran ini, dapat aku rasakan suasana dalamannya yang agak eksklusif. Tempat duduknya yang teratur, udara penghawa dinginnya yang nyaman serta pelayannya yang memakai uniform yang seragam, tidak ubah seperti menjamu selera di cafe hotel bertaraf 4 atau 5 bintang.

Pinjam trademark Explorasa.my
Pinjam trademark Explorasa.my

Dari segi tawaran menu dan harga makanan, jujur aku katakan harganya agak sedikit mahal. Berbanding dengan kedai-kedai makan biasa diluar sana, harga makanan disini lebih daripada dua kali ganda.

Tetapi, alang-alang sudah sampai..apa salahnya mencuba kan. Lagipun bukannya selalu aku dan isteri datang kemari.

Jadi untuk malam itu kami telah memesan dua nasi goreng cina beserta beberapa lauk sampingan.

nasi goreng cina sedap-horizon garden bangi
Nasi goreng cina

Antara yang menjadi pilihan, termasuklah soft shell crab yang dimasak dengan resipiĀ Kam Heong dan juga fried prawn with nestum.

kam heong soft shell crab-horizon garden bangi
Kam Heong soft crab
Fried prawn with nestum-horizon garden bangi
Fried prawn with nestum – Nestum membukit, puas hati ratah.

Melalui apa yang aku dapat rasakan. Rasanya sedap, gaya masakan yang digunakan ada keunikan yang tersendiri. Paling best, dapat ratah nestum banyak-banyak. Mengingatkan kembali nostalgia zaman kanak-kanak yang memang suka habiskan nestum bertin-tin.

Bagi menu sayur pula, kami memesan Pak Choy with Oyster Sauce. Tiada apa yang istimewa tentangnya melainkan cukup rasa masin manis kuahnya.

pak choy with oyster sauce-horizon garden bangi
Pak Choy with Oyster Sauce

Owh ya..hampir terlupa. Dan menu minuman, kami hanya memesan segelas jus oren dan juga setin 100 plus beserta teh cina yang diberikan secara percuma semasa diawal ketibaan kami di restoran itu.

Overall experience, kami hanya mampu berikan 4 out 5. Tolak 1 markah kerana harganya yang aku rasakan boleh dimurahkan lagi.

bil horizon garden bangi
Total bil RM108 – Klik untuk besarkan

Nota: Pencahayaan dalam restoran agak romantik. Lampu kekuningan. Kalau nak sambut anniversary memang sesuai sangat.

p/s: Masa pergi ni Khair tengah tidur, so takde aksi dia sedang makan.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply
    1. Kenapa laaa floggers / bloggers melayu gi makan kat restaurant, amik gambar bukan main, tapi location ke, alamat ke, gps coordinates ker haram takder….most of the time….frussstt aku!!!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Tukar Brake Pad Untuk Keselamatan

    Hobi Yang Mahal