in

Soalan Yang Kerap Ditanya Berkenaan Wabak Influenza


Wabak Influenza tengah hot sekarang. Di Johor dah ada kes kematian pertama untuk tahun 2020. Sekaligus menjadikan penularan wabak Influenza ini satu masalah yang sangat merisaukan sehingga menyebabkan vaksin-vaksin diklinik habis dijual.

Bila bercakap mengenai Influenza, ada beberapa maklumat yang perlu diketahui ramai. Berdasarkan pembacaan, berikut aku senaraikan untuk memudahkan korang semua untuk faham.

Influenza kepada 3 jenis:

  • Influenza A
  • Influenza B
  • Influenza C

Namun diantara ketiga-tiga ini, Influenza A dan B paling kerap menjangkiti manusia.

Jangkitan Influenza A dan B sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia dan ianya adalah sangat aktif terutamanya pada musim sejuk (bulan November hingga Mac untuk Hemisfera Utara, manakala April hingga September untuk Hemisfera Barat).

Apa perbezaan Influenza A dan B?

Secara umumnya simptom terkena jangkitan Influenza B hampir menyerupai Influenza A. Namun apa yang membezakan kedua-dua jenis Influenza ini adalah cara jangkitannya; Influenza A boleh menjangkiti manusia dan haiwan melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Manakala Influenza B hanya menjangkiti manusia sahaja.

Disebabkan Influenza A lebih mudah dan cepat tersebar, ia dikategorikan sebagai wabak epidemik (penyakit yang menyerang ramai orang dalam satu atau beberapa komuniti sekaligus) dan pandemik (merebak ke seluruh dunia).

Siapa yang berisiko terkena jangkitan Influenza?

  • Kanak-kanak (kurang dari 5 tahun)
  • Wanita hamil
  • Warga emas (65 tahun ke atas)
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dll)
  • Individu obes
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi dll)

Kalau terkena jangkitan Influenza adakah ia boleh dirawat?

Secara amnya, ubat anti-viral (antaranya Tamiflu) akan digunakan bagi merawat jangkitan influenza ini. Dimana pemberian ubat anti-viral ini tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat.

Apakah tanda-tanda seseorang itu terkena jangkitan Influenza?

Selalunya tanda-tanda atau simptom seseorang itu terkena jangkitan Influenza adalah bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dimana individu tersebut akan mengalami:

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)

Cara mencegah Influenza?

Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksin secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas. Kos vaksin difahamkan dalam anggaran RM150 ke bawah (bergantung pada klinik atau hospital).

Selain daripada vaksin influenza, langkah-langkah pencegahan lain yang boleh diamalkan termasuklah:

  • Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
  • Menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau face mask
  • Buang tisu atau face mask ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan
  • Jarakkan diri dari individu yang mempunyai simptom sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter
  • Banyakkan berehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan face mask.

Selepas pengambilan vaksin, berapa lama tempoh masa yang diperlukan oleh badan kita untuk develop antibodi?

Untuk kes vaksinasi yang melibatkan Influenza, tempoh masa yang diperlukan oleh badan kita untuk develop antibodi adalah dalam anggaran 10 hingga 12 hari.

Perlu ke vaksin Influenza diambil setiap tahun?

Ya, kerana virus influenza kerap bermutasi dan strukturnya mengalami proses perubahan secara berterusan yang dikenali sebagai antigenic drift. Maka untuk memastikan kandungan vaksin adalah sepadan dengan virus influenza ini, suntikan vaksin Influenza secara tahunan adalah disarankan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *