Skrin Telefon Retak Seribu

Hancur. Retak seribu skrin Samsung S3 wife aku bilamana Khair secara tak sengaja terlepas henfon jatuh ke lantai.

Sedang khusyuk menjamu sarapan pagi, terus hilang selera.

Skrin Samsung S3 retak

Nak marah, bukan salah dia. Dia masih kecil, mana tahu benda tu boleh pecah. In the end bila bagitahu pada dia yang henfon dah rosak, terus je dia sengih sambil buat muka comel. Haihh.. anak.. anak.

Selesai sarapan pagi, aku terus cari kedai fon yang terdekat untuk bertanyakan kos baik pulih skrin.

Tanya punya tanya, kebanyakan kedai semua quote harga dalam anggaran RM380+-. Hmm.. Garu kepala sekejap. Nak tukar ke tak nak tukar.

Nota: Sekarang fon masih dalam keadaan skrin pecah. Masih lagi berfikir sama ada nak tukar skrin ataupun beli fon baru je. Sebabnya Samsung S3 ni dah 2 tahun wife pakai. Tak mendatangkan apa-apa masalah pun dan ia mempunyau sentimental value yang tersendiri. Apa pendapat korang?

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. Daripada kena tambah sebanyak tu nak tukar skrin, baik bro tambah duit sikit lagi boleh dapat Xiomi atau Asus Zenfone. Xiomi Note ke Mi3 ke dah cukup berbaloi dah sebab perempuan ni kalau camera lawa, nak selalu 🙂

    Lain la kalau dia #SamsungFag hehehe

  2. kalau sayalah, kalau fon tu tak buat hal lagi, elok repair je… kalau satu sebab je nak tukar lain cam kurang cukup nak jadikan alasan yang munasabah… pandangan saya jela….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *