in

Sistem Parkir Pintar IOI City Mall


Satu perkara yang membuatkan aku kagum dan teruja untuk kongsikan bersama korang mengenai IOI City Mall, iaitu sistem parkir kereta barunya.

Find Your Car Car Park System

Find Your Car, satu sistem yang direka khusus bagi pengguna yang sering terlupa dimana mereka meletakkan kereta.

Cara penggunaannya.. Simple.

Hanya dengan memasukkan nombor pendaftaran kereta kedalam sistem ini, tekan butang “Search” kemudian gambar lot parkir dan kereta korang akan dipaparkan.

Find Your Car Car Park System display

Find Your Car Car Park System Search Result Example

Cekap, effisyen dan mesra pengguna.

Find Your Car Car Park System CCTV
CCTV yang dihubungkan dengan sistem parkir pintar

Ketika mencuba sistem ini tempoh hari, aku difahamkan bahawa sistem ini adalah sistem parkir pintar pertama yang dipasang di dalam Malaysia dan tidak lama lagi penggunaanya akan diperluaskan ke tempat-tempat lain pula.

Note: Okay sangat lah tu kan. Dengan adanya sistem ini maka dapatlah ia mengurangkan masalah sesat dalam bangunan.. terutamanya bagi kaum perempuan. Selalu je nampak mereka ke hulu ke hilir cari kereta tak jumpa-jumpa. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Kalau kat sunway, fungsi kamera atas tu just nak tentukan sama ada kat petak tu ada kereta atau tak. Just untuk semak availability parking. Ini dah ada fungsi macam ni, siap boleh search no plate lagi hihi

  2. Brilliant IOI Mall~Should be implemented kat shopping mall besar lain seperti Sunway Shopping Mall, midvalley.. tempat ni selalu orang tak jumpa kereta letak kat mana.. haha.. I avoid going to these shopping malls sebab takut cari kereta tak jumpa…kecuali terpaksa. Hehe.

    P/s : Thanks for sharing this info.

Leave a Reply to sabree hussin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *