Mee udang, memang kegemaran aku. Sebutlah mee udang mana sekalipun, kalau aku ada masa. Insha Allah aku akan jejakkan kaki.
Yang terbaru, aku makan mee udang ketam. Dalam bandar baru bangi ni jugak kedainya, berdekatan dengan Stesen Petronas Sg. Ramal Dalam. Nama kedai ialah Sirah Mee Udang Ketam.
Actually, kalau diikutkan memang selalu sangat aku ulang alik kawasan ni. Cuma sebelum ini tak perasan kewujudannya mungkin kerana kedudukannya yang agak sedikit terlindung ke dalam. Baru-baru ni je tahu sebab ada rakan yang tolong inform.
So alang-alang dah dekat dengan rumah pulak, haruslah pergi makan kan.
Ketika kunjungan, aku difahamkan bahwa kedai ini merupakan cawangan ketiga dalam rangkaian perniagaan sirah mee udang ketam. Yang pertama terletak di Dengkil (berdekatan Cendol Bakar) manakala yang kedua terletak di Kota Warisan.
Yang mengagumkan aku dalam perniagaan mee udang ketam ini, apabila perniagaannya adalah perniagaan turun temurun. Malah, tukang masaknya merupakan dikalangan ahli keluarga dan juga resipinya yang asli daripada Pulau Sayak, Sg.Petani (tempat popular mee udang).
Okay.. cakap banyak pun tak guna kan. Bukannya korang nak dengar pun aku membebel. Hahaha. Apa kata, jom layan gambar santapan aku pada malam kejadian.
Dari segi rasa, memang agak unik Sirah Mee Udang Ketam ni. Mungkin disebabkan udangnya yang fresh dan juga gabungan resipi yang tersendiri, membuatkan ianya bagaikan perfect match bagi menu ini.

Begitu juga dengan ketam, terbaik wa cakap lu.

Jadi, bagi korang yang berkeinginan untuk datang ke sini boleh lah ajak sahabat handai sekali ya. Tempat luas, bertemakan food court. Parking pun tak ada masalah. Dan kalau ada rakan-rakan yang tak nak makan mee udang sekalipun, menu lain pun masih ada.


Info
Lokasi: Jalan Saujana, Bangi
Landmark: Sebelah Petronas berdekatan Restoran Village View Sg.Ramal Dalam, Bandar Baru Bangi
Waktu operasi:
Isnin-Khamis dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam.
Jumaat-Ahad dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam.
Laman Facebook: www.facebook.com/sirahbangi
p/s: Udang fresh, harga berpatutan.. Confirm jadi pilihan ramai. Ohh mee udang.. I Love You!
laaaaaaa…. hai… situ je ke. dekat jugak. nanti aku nak terjah jugak lah!
ketam tu macam best aje tengokkk..
Sekali tengok mee udang ini.. Teringat perumpamaan yang pernah diperkatakan oleh rakan saya.. Selak udang baru boleh nampak mee… hehehe
Hurmmm…. area sg ramal rupanya…. tapi ujang tu makan aper je… dia tak makan seafood kan…. hahahahaha
Dia jadi penonton je bro. Order satay. Hahaha
Bolehlah serbu ke sana kalau ke Bangi.
wahhh…macam best je mee udang dan mee ketam tu bro…udang pun besar2…perghhhh….kena try ni one day… 😀
sedapnya, besar betul ketam dia.
Duk lalu pi mai pi mai awat tak perasan pun kedai ni, bila dh dicanankan dalam blog HR ni baru tau 🙂