in

Simple Google reCAPTCHA – Melindungi Blog Anda Daripada Spam dan Penceroboh


Simple Google reCAPTCHA– Simple yet effective plugin untuk elakkan blog korang daripada diserang spammer. Kalau sebelum ini, aku menggunakan WP-Spam Free untuk fungsi yang sama. Tetapi memandangkan ada plugin itu dah outdated dan ada few problems yang wujud ketika menggunakan plugin tersebut, dimana penggunaan resource yang agak tinggi dan juga kadang-kadang ada pelawat gagal meninggalkan komen, terpaksa aku ucapkan selamat tinggal selamanya.

Penggunaan plugin Simple Google reCAPTCHA sebagai plugin gantian, tidak memerlukan setting yang kompleks. Hanya dengan memasukkan Site Key dan juga Secret Key yang boleh diperolehi secara percuma melalui Google reCAPTCHA, laman blog korang akan dijaga bagai minyak yang ditatang penuh sejurus plugin tersebut diaktifkan.

Percubaan awal aku untuk membuktikan keberkesanan plugin Simple Google reCAPTCHA ini berlaku apabila aku cuba menyahaktifkan plugin ini dalam tempoh 19 jam – yang mana dalam tempoh 19 jam tersebut aku (daripada jam 2 petang hingga 7 pagi keesokannya), blog aku mendapat komen spam sebanyak 8 komen.

Berbanding dengan selepas mengaktifkan kembali plugin Simple Google reCAPTCHA ini, tiada lagi komen-komen spam durjana menyelinap masuk kedalam blog aku.

Bukan itu sahaja, pada paparan laman log masuk disertakan juga fungsi tambahan checkbox Google reCAPTCHA, yang mana fungsinya adalah bagi mengelakkan robot-robot hackers daripada menyerang masuk secara bruteforce kedalam blog kesayangan korang.

p.s: Harap maklum, perkongsian info diatas adalah untuk blog yang menggunakan platform WordPress sahaja.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *