Simpanan Shariah. Saya Sudah, Anda Bila Lagi?

Selesai satu tanggungjawab. Ingatkan proses penukaran simpanan konvensional kepada Shariah mengambil masa yang lama macam proses pengeluaran akaun 2 KWSP.

Tetapi sesampainya di pejabat KWSP, prosesnya tak sampai 45 minit pun.

Bermula dengan pemberian nombor giliran sehinggalah proses menurunkan cap jari di borang yang telah disediakan di kaunter melayan pelanggan, kesemuanya menjadi lebih mudah dengan permohonan yang hanya memerlukan semakan kad pengenalan.

Setengan jam je dah sampai nombor giliran.
Setengan jam je dah sampai nombor giliran.

Alhamdulillah..

Walaupun ada cerita-cerita yang kurang enak didengar berkaitan dengan simpanan Shariah ini, terutamanya berita seperti dibawah ni:

Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar portfolio pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum 2.5 peratus seperti yang terdapat pada Simpanan Konvensional.

Tukar Simpanan Shariah KWSP

Tapi bagi aku biarlah rugi sedikit di dunia, sekurang-kurangnya aku dah elakkan daripada melabur dalam benda-benda yang meragukan.

Nota: Sebelum bertukar ke simpanan Shariah, pencarum perlu memastikan mereka mempunyai i-Akaun terlebih dahulu. Kalau tak ada, boleh apply on the spot di kiosk yang disediakan (tetapi tak digalakkan.. sebab ramai orang yang beratur untuk tujuan yang sama. Belum campur yang nak print statement KWSP masing-masing lagi).

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umur 4 Tahun Masuk Kedai Bersendirian

Bila Aircond Dalam Bilik Buat Perangai