in

Simpanan Pelajaran Masa Depan


Okay, semalam baru sahaja terima kad akaun SSPN-i untuk Khair. Rasanya dah ramai yang aware tentang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), di TV dan radio selalu sahaja dimainkan iklan berkenaan dengan skim daripada kerajaan ini.

SSPN-i

Antara keistimewaan SSPN-i adalah:

  1. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
  2. Kadar dividen yang kompetitif
  3. Simpanan dijamin oleh pihak kerajaan
  4. Dividen dikecualikan daripada cukai pendapatan

Hafiz percaya dimasa akan datang, persaingan dalam pembelajaran anak-anak semakin sukar. Dengan peningkatan golongan cerdik pandai yang agak memberangsangkan, tidak mustahil sekiranya pinjaman pelajaran hanya akan diberikan kepada golongan pelajar yang benar-benar elite dan layak sahaja.

Bukanlah niat untuk menidakkan tahap kecerdikan anak-anak, kita sememangnya mengharapkan anak-anak untuk menjadi the best among the best. Tetapi kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan.

Justeru itu, tidak salah rasanya jika Hafiz mengambil peluang yang ada untuk dijadikan back up plan.

p/s: Dulu masa study tak ambik PTPTN, buat pinjaman Mara.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply
  1. pening dengan sspn ni. dulu xperlu untuk ptptn..
    pastu dikatakan perlu ada pulak..
    pastuh, tak perlu ada pulak.. celap celop je..
    tapi masa buat dulu tak perlu ada..

  2. fyna pinjam PTPTN. alhamdulillah dah setelkan semua payment tue. bagus ambill SSPN nih, untuk masa depan kan ^_^

  3. Benda nie memang penting. Nanti senang dah ade simpanan nak tampung kos pelajaran anak anak. Nan pinjam dengan PTPTN pun senang.

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *