Okay, semalam baru sahaja terima kad akaun SSPN-i untuk Khair. Rasanya dah ramai yang aware tentang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), di TV dan radio selalu sahaja dimainkan iklan berkenaan dengan skim daripada kerajaan ini.
Antara keistimewaan SSPN-i adalah:
- Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
- Kadar dividen yang kompetitif
- Simpanan dijamin oleh pihak kerajaan
- Dividen dikecualikan daripada cukai pendapatan
Hafiz percaya dimasa akan datang, persaingan dalam pembelajaran anak-anak semakin sukar. Dengan peningkatan golongan cerdik pandai yang agak memberangsangkan, tidak mustahil sekiranya pinjaman pelajaran hanya akan diberikan kepada golongan pelajar yang benar-benar elite dan layak sahaja.
Bukanlah niat untuk menidakkan tahap kecerdikan anak-anak, kita sememangnya mengharapkan anak-anak untuk menjadi the best among the best. Tetapi kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan.
Justeru itu, tidak salah rasanya jika Hafiz mengambil peluang yang ada untuk dijadikan back up plan.
p/s: Dulu masa study tak ambik PTPTN, buat pinjaman Mara.
nak tak nak, gua kena guna ptptn. Tapi alhamdulillah..dah habis bayar. hoho..
Encik Titan habis bayar sebab blogger jutawan.
Itu cepat habis. Tahniah! 🙂
pening dengan sspn ni. dulu xperlu untuk ptptn..
pastu dikatakan perlu ada pulak..
pastuh, tak perlu ada pulak.. celap celop je..
tapi masa buat dulu tak perlu ada..
biasalah tu..orang atasan bagi keputusan pun tukar2..hehe
Anak yang pertama dah ada..yang kedua dan ketiga belum lagi..
Coming soon..haha
fyna pinjam PTPTN. alhamdulillah dah setelkan semua payment tue. bagus ambill SSPN nih, untuk masa depan kan ^_^
yerp..sediakan payung sebelum hujan..hehe
gua pun tak sempat nak merasa ptpn
DT pon tak pinjam PTPTN, dapat tajaan PAMA.. heeee
untung la dapat tajaan PAMA..hehe
SSPN wajib ada, kalo tak ada akaun susah nak sambung belajar 🙂
Dkna ade ke?
zaman aku dulu nak pakai ptptn x yah sspn
Zaman kita senang bro..anak2 mungkin tak senang macam sekarang
Sekarang lebih mudah.. untuk anak2 kita simpanan SSPN kena ada.. untuk pelajaran diorang jugak..
Sediakan payung sebelum hujan kan bro
tunggu anak ke 4 lahir, baru buka 4 akuan terus..
pun boleh..hehehe..tapi rugi la dividen bro..pastu boleh pengecualian cukai lagi
Nak hidup, WAJIB simpan duit.
Itu saja prinsipnya. 🙂
kalau ada anak nanti boleh la buka akaun ni awal2..untuk masa hadapan..
Benda nie memang penting. Nanti senang dah ade simpanan nak tampung kos pelajaran anak anak. Nan pinjam dengan PTPTN pun senang.