in

Sim Card Rosak Dalam Tempoh PKP, Macam Mana Nak Tukar?


Pening kan.. time ni jugak lah sim card nak rosak pun. Lagi haru bila simcard tu pulak nombor yang digunakan untuk urusan kerja. Nak sms, nak whatsapp, nak call.. bila simcard rosak. Tergendala semua urusan. Worst case kalau tiba-tiba bos tak dapat call, dia ingat kita tak work from home pulak. Hohoho.

Situasi ni berlaku pada simcard wife aku diawal permulaan PKP 1 lagi. Cuma nasib baik, simcard dia tak lah totally rosak. Tapi kejap-kejap simcard failure. Kalau sehari sekali okay lagi. Tapi kalau dah berkali-kali dalam satu hari, hangin gak. Hahaha.

By the way, untuk makluman wife pakai line Digi. So langkah awal untuk settle kan masalah ni for sure lah call hotline Digi kan. Mula-mula customer service yang attend call aku bagitahu, boleh je walk in ke Digi center Alamanda sebab ada kiosk self service yang diletakkan diluar premis untuk urusan penukaran simcard. Dalam hati berbunga-bunga dah. Sanggup aku redah roadblock tempoh hari cakap nak tukar simcard sebab ada urusan kerja walaupun polis pun confuse, biar betik ada Digi center beroperasi time PKP ni. Hohoho.

Tapi malangnya aku kecewa pada hari tu.. kena scam weh dengan customer service tadi. Kiosk memang ada, tapi kat dalam premis. Dah la tertutup rapat. Nak intai pun tak dapat sebab guard dah tak bagi lalu depan Digi Center tu. Harey betul. Rugi masa dan tenaga aku betul.

Jadi bila dah macam tu.. aku pulang dengan kekecewaan. Wife pun terpaksa la menghadap jugak problm simcard failure yang sehari berkali-kali muncul tu.

Sehinggalah semalam.. tergerak hati aku untuk tweet pada Digi. Kot-kot la ada solution lain kan yang membolehkan aku menukar simcard rosak tu.

Langkah kanan kali ni.. apabila ni haa respon dari Digi.

Digi kata dekat FamilyMart ada kiosk self service weh. Rasa macam tak caya pulak. Sebabnya yang aku tau FamilyMart ni jual makanan je. Hahaha.

Tapi disebabkan desperate punya pasal, dan Digi pun ada bagi link dimana segala kiosk self service dipasang. Jadi, aku pun check satu per satu.

Ahaaaa!

FamilyMart Seksyen 9 Bangi ada weh. Hohoho.

Tanpa melengahkan masa, petang tu terus aku pergi kesana untuk buat penukaran simcard.

Cara nak guna kiosk layan diri ni.. Masuk kad pengenalan, pilih urusan, masuk nombor telefon, bayar RM10 dan siap.

Tadaaa.. tak sampai 5 minit sim card baru dah dapat. Yeay. So lepas dah dapat ni balik tu tukar dengan sim card lama dalam handphone wife. Syukur.. semuanya kembali berfungsi seperti biasa. Selesai masalah. Heee.

p.s: Macam ni la servis yang orang nak. Mudah. Kalau tak stress nak tunggu habis PKP baru boleh tukar simcard. Huh.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *