in ,

Siapa Raja Teh Tarik?


Bila sebut teh tarik, tak ada lagi orang yang tak kenal rasanya. Kecuali beliau bukan orang Malaysia. Betul tak? Hehehe.

Teh Tarik, cukup sinonim dengan gaya hidup warga Malaysia. Tidak kira sama ada mereka berbangsa melayu, cina ataupun india, majoritinya cukup suka dengan minuman zaman-berzaman ini.

Pergi kedai mamak order teh tarik, pergi kedai melayu order teh tarik, pergi restoran high class pun order teh tarik. Well, dah terbiasa lah katakan. Rutin seharian.

Dan disebabkan dah terlalu ramai orang yang sukakan minum teh tarik, baru-baru ini F&N Malaysia dengan kerjasama TV3 dan TV9 sekali lagi telah berbesar hati untuk menganjurkan satu pertandingan kesukaan ramai iaitu Cabaran Raja Tarik F&N 2014.

Poster - Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N 2014 ini yang merupakan kesinambungan kepada pertandingan tahun-tahun lalu menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang-pemenang dimana jumlah keseluruhannya bernilai RM25,000.

Untuk menyertai pertandingan ini cukup mudah, apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan menghadirkan diri ke salah satu roadshow mereka yang diadakan di 6 buah negeri berlainan dan seterusnya membuat persembahan di sesi saringan untuk melayakkan diri korang dipilih ke Peringkat Akhir.

Tarikh uji bakat - cabaran raja tarik 2014

Haa.. tarik teh tarik je pun. Bukan susah. Pada yang mempunyai skill terpendam ataupun luar biasa, inilah masanya nak tunjukkan pada orang ramai. Mana tahu nanti ada rezeki dapat menang RM10,000.

Fara Fauzana - Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Fara Fauzana bersama pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2003/2006, Norazlin bin Janus yang memperkenalkan teh tarik F&N Kahwin
Peserta Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Fara Fauzana bersama peserta-peserta yang hadir di Mydin USJ
Skill hebat - Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Salah satu team dalam Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Aku sendiri pun kalau diikutkan memang pandai buat aksi tarik menarik. Semalam siap buat demo depan isteri cara-cara untuk buat teh tarik kahwin. Cuma skill aku tak ada lah sampai tahap terbang-terbang, level basic je.

Tapi basic pun basic juga, kalau korang semua nak tahu macam mana aku buat teh tarik kahwin semalam, jom follow step by step dibawah.

Cara buat teh tarik kahwin

  1. Bancuh teh kosong
    cara buat teh tarik - hafiz rahim
  2. Masukkan 2 sudu susu pekat manis F&N teh tarik
    bancuh teh tarik
  3. Masukkan 4 sudu susu krimer sejat F&N
    buat teh tarik kahwin
  4. Kacau hingga sebati
  5. Tarik mengikut gerak hati masing-masing
    hafiz rahim - buat teh tarik
  6. hafiz rahim - teh tarik teh tarik - skill hafiz rahimTadaaa.. Siap dan Sedap.
    Teh tarik kahwin - hafiz rahim

Amacam? Nampak hebat kan. Ada rasa tercabar tak?

Haa.. Jadi kalau korang rasa tercabar, jangan lupa untuk  ke roadshow di Pulau Pinang ye. Di sana nanti aku sarankan korang supaya tunjukkan skill hebat masing-masing. Nak pusing-pusing ke, nak lompat-lompat ke, nak terjun pun tak jadi masalah. Dan jangan terkejut kalau aku katakan, peserta perempuan pun kadang kala ada hebatnya tau.

Untuk maklumat lanjut mengenai cabaran ini, bolehlah layari laman web mereka di FNDairies.com.

p/s: Lepas ni lepak kedai mamak, ajak Fara Fauzana layan teh tarik.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. Terbaik bro! Mmg sedap bila campur 2 jenis susu tu…

    Gua tak smpai hati nak tayang semua skill gua…takut habis kedai mamak sekitar gombak bakal cari gua nanti..hahaha

  2. Wow hebat ni hafizrahim.. rasa macam nak order satu pula.. coz haus sambil blogwalking.. salam perkenalan kepada rakan blogger..

  3. Enak tuh pastinya, sebagai orang Indonesia saya baru tahu yang namanya Teh Tarik. Terimakasih Informasinya….

  4. Betul betul, saya pun baru mengenal teh tarik dari halaman ini . Sangat bermanfaat sekali artikelnya untuk saya. Terimakasih

  5. wah ciptaan yang sangat menarik, ini sangat memberi inspirasi kepada awa, sepertinya awa ada niat juga, buat perniagaan teh, soalnya kampung awa daerahnya lumayan sejuk

Leave a Reply to Salon Semarang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *