Bila sebut teh tarik, tak ada lagi orang yang tak kenal rasanya. Kecuali beliau bukan orang Malaysia. Betul tak? Hehehe.
Teh Tarik, cukup sinonim dengan gaya hidup warga Malaysia. Tidak kira sama ada mereka berbangsa melayu, cina ataupun india, majoritinya cukup suka dengan minuman zaman-berzaman ini.
Pergi kedai mamak order teh tarik, pergi kedai melayu order teh tarik, pergi restoran high class pun order teh tarik. Well, dah terbiasa lah katakan. Rutin seharian.
Dan disebabkan dah terlalu ramai orang yang sukakan minum teh tarik, baru-baru ini F&N Malaysia dengan kerjasama TV3 dan TV9 sekali lagi telah berbesar hati untuk menganjurkan satu pertandingan kesukaan ramai iaitu Cabaran Raja Tarik F&N 2014.
Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N 2014 ini yang merupakan kesinambungan kepada pertandingan tahun-tahun lalu menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang-pemenang dimana jumlah keseluruhannya bernilai RM25,000.
Untuk menyertai pertandingan ini cukup mudah, apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan menghadirkan diri ke salah satu roadshow mereka yang diadakan di 6 buah negeri berlainan dan seterusnya membuat persembahan di sesi saringan untuk melayakkan diri korang dipilih ke Peringkat Akhir.
Haa.. tarik teh tarik je pun. Bukan susah. Pada yang mempunyai skill terpendam ataupun luar biasa, inilah masanya nak tunjukkan pada orang ramai. Mana tahu nanti ada rezeki dapat menang RM10,000.
Aku sendiri pun kalau diikutkan memang pandai buat aksi tarik menarik. Semalam siap buat demo depan isteri cara-cara untuk buat teh tarik kahwin. Cuma skill aku tak ada lah sampai tahap terbang-terbang, level basic je.
Tapi basic pun basic juga, kalau korang semua nak tahu macam mana aku buat teh tarik kahwin semalam, jom follow step by step dibawah.
Cara buat teh tarik kahwin
- Bancuh teh kosong
- Masukkan 2 sudu susu pekat manis F&N teh tarik
- Masukkan 4 sudu susu krimer sejat F&N
- Kacau hingga sebati
- Tarik mengikut gerak hati masing-masing
- Tadaaa.. Siap dan Sedap.
Amacam? Nampak hebat kan. Ada rasa tercabar tak?
Haa.. Jadi kalau korang rasa tercabar, jangan lupa untuk ke roadshow di Pulau Pinang ye. Di sana nanti aku sarankan korang supaya tunjukkan skill hebat masing-masing. Nak pusing-pusing ke, nak lompat-lompat ke, nak terjun pun tak jadi masalah. Dan jangan terkejut kalau aku katakan, peserta perempuan pun kadang kala ada hebatnya tau.
Untuk maklumat lanjut mengenai cabaran ini, bolehlah layari laman web mereka di FNDairies.com.
p/s: Lepas ni lepak kedai mamak, ajak Fara Fauzana layan teh tarik.
nak cuba buat teh tarik poligami lak lah! hehehe
Saya suka minum tapi tak pandai buat
Terbaik bro! Mmg sedap bila campur 2 jenis susu tu…
Gua tak smpai hati nak tayang semua skill gua…takut habis kedai mamak sekitar gombak bakal cari gua nanti..hahaha
Bro.. Buatkan saya tek tarik Satu.. Tada… hahahaha… 😉
Wow hebat ni hafizrahim.. rasa macam nak order satu pula.. coz haus sambil blogwalking.. salam perkenalan kepada rakan blogger..
try la masok… ade rezeki bleh menang
Bos.. Teh tarik satu….!!!
Siap…!!!
gaya dah ada…. tengok teh pun macam best….. tapi kena kasi rasa baru syiokkk…
Perghhh , giler kentang la bro! Meh secawan.
Enak tuh pastinya, sebagai orang Indonesia saya baru tahu yang namanya Teh Tarik. Terimakasih Informasinya….
makasih atas infonya, sangat menginspirasi
Betul betul, saya pun baru mengenal teh tarik dari halaman ini . Sangat bermanfaat sekali artikelnya untuk saya. Terimakasih
Makasih atas infonya, sukses selalu….
jadi gituh za buat teh tarik, mantap
wah ,, jadi teh ituh bisa di kreasikan zaaa.
wah ciptaan yang sangat menarik, ini sangat memberi inspirasi kepada awa, sepertinya awa ada niat juga, buat perniagaan teh, soalnya kampung awa daerahnya lumayan sejuk
favorit saya tuh teh tarik