Sempena dengan ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi, baru-baru ini Courts Malaysia telah melancarkan satu kempen jualan murah yang dinamakan Raya Bagus.
Bertempat di Courts Megastore Sri Damansara, aku bersama beberapa rakan blogger yang lain telah terpanggil untuk menghadiri sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh CEO Courts Malaysia iaitu Allard Sjollema.
Disana, selain daripada mendengar taklimat ringkas yang diberikan, kami juga dibawa mengelilingi outlet terbaru mereka untuk melihat pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dengan harga yang rendah.
Tidak dilupakan, kami dimaklumkan bahawa kempen yang diadakan ini telah mula diperkenalkan kepada umum pada beberapa hari yang lalu dan bakal berakhir pada 31 Julai 2014.
Satu info menarik ingin aku kongsikan kepada anda semua.. Bagi mereka yang sedang mencari set sofa dalam masa yang terdekat, pihak Courts ada menawarkan set-set sofa yang boleh ditempah mengikut citarasa masing-masing. Dengan 2,000 jenis kombinasi rekaan versi digital, setiap tempahan boleh dilakukan hanya melalui sebuah applikasi yang tersedia didalam beberapa peranti iPad di fasiliti mereka disana iaitu applikasi yang dipanggil “Sofa Maker“.
Dengan menggunakan applikasi Sofa Maker ini, setiap pembeli dibenarkan membuat pemilihan dari segi reka bentuk, warna dan juga jenis fabrik yang ingin dipasangkan pada sofa yang ditempah.
Bukan setakat itu sahaja, jika anda juga sedang tercari-cari barangan atau perkakasan rumah yang lain, Courts juga menyediakan beberapa tawaran menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian ataupun kehendak setiap pelanggan iaitu melalui dengan potongan harga sehingga 50% keatas mana-mana barangan terpilih yang dibeli melalui Courts Flexi Credit, pulangan wang tunai sebanyak RM20,000, Beli 1 Percuma 2 tanpa bayaran 60 hari dan juga kupon diskaun sebanyak RM3,000 seperti yang tertera di katalog ini.
Menarik bukan?
Memang. Memang menarik. Haa.. Dan disebabkan aku sendiri pun turut tertarik dengan tawaran yang ditawarkan, semalam aku telah mengajak isteri aku ke Courts Kajang bagi mencari pengganti rak kasut yang telah uzur dirumah.
Begitu juga dengan rice cooker yang comel ini untuk menggantikan rice cooker yang agak over-sized bagi kegunaan aku dan isteri sahaja di rumah.
Hasilnya, jumlah yang perlu dibayar untuk tiga barangan yang dibeli Courts adalah RM300 sahaja. Murah. Rasa macam tidak percaya pula akan harga yang sebegitu termasuk dengan pembelian kerusi lipat yang aku belikan khas untuk ayah aku bagi memudahkan beliau solat dirumah (sakit lutut).
Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda juga inginkan barangan yang murah seperti ini, cepat-cepatlah serbu Courts yang berdekatan dengan rumah anda. While stock last okay. Macam-macam ada tau!
Aku tak shopping lagi nie…
Nanti tamat tempoh plak.. he he..
Wah… best.promo ini untuk semua court disemua cawangan ?
Untuk semua bro. Sampai akhir bulan ni je. Dalam link katalog kat bawah pun ada voucher diskaun.
Oh OK,nanti saya pergi
saya baru shopping baju raya minggu lepas
Waaah. Aku nak borong tv curve la satu
Memang menarik, cuma bila dah beli, kena bayar berlipat kali ganda drp harga asal. Apapun kita tetpaksa bayar sebab dah ambil secara ansuran.
Tak semestinya semua barang mahal bro.. bro sendiri tak pernah buat comparison 1-1 kan. Pilihan ditangan masing2. Yang mana rasa murah dan boleh dibeli, kita beli. 🙂
Wah,terus shopping, ni yang buat gua jeless ni..
P.s : Bila nak shopping ngan bini baru bro?
macam-macam barang yang dijual kat courts
Courts Mammoth ni skrg da 28 tahun.. haha aku sekarang baru usia 25 tahun.. Dah lama ah diorang maintain ni, jauh lebih tua dari aku. haha.. Aku pon nampak promo2 ni kat surat khabar Metro.. Banyak jugak diorang promo.. lebih setengah surat khabar ade. haha majoriti ade muka Harith Iskander :3 die macam maskot Courts je. 😛 Korang tau ke pasal promo barangan diorang kat Courts? Ade yang mula dari 28sen ! korang da beli?
ye ke 28 sen? ntah2 tu bukan rege barang 28 sen tu. tapi kadar ansuran. takkan la barang murah mcm gitu.. haha. tak cayo ah den
kalau usha kat website courts pon mmg bnyk brg yg jual murah.
http://www.courts.com.my/index.html
less smua murah tak hingat. haha. beli harith iskander boleh tak? boleh buat lawak kt umah. huhuhu
patutnye courts ambik aaron aziz ke adi putra ke. confirm sy tiap2 hari pegi courts. huhu
den raso courts takdok baya tunai ni eh. semo baya ansur-ansur. sebab tu jadi mahal. den trtanyo jugok camno jd murah. utk brg2 skit je kot. limited.
aku rasa servis courts skrg pon dh makin okay, aku g store kt sri damansara ley thn besar. bnyk gila brg. ye la, dh 28 tahun kan. dh maju le.
time2 raya mcm ni la slalunya courts buat promosi murah giler
jiran i kemain beli prabot baru sempena raya katanya kt courts.
diskaun bnyk katanya. tu yg duk tukar prabut baru tu..
suka la jiran kau ye kak. haha. dpt prabot baru.
tp mmg bnyk pon prmosi courts smpena raya.
siap extend promosi tu smpai skrg. masih ada lg promosi raya.
patut le tiap2 ari smpai ari ni ada iklan prmosi raya courts.
tak abis lg promosinya hehe
boleh la mana2 yg nk bli prabot baru lepas raya ni g usha kar courts.
alang2 ada promosi, bli trus la. haha
pakai flexicredits weii. untung bli brg kat courts pakai flexi.