Menang RM500 Dengan Shell “Our Canvas, Your Story” Instagram Contest

Sedar tak sedar, jenama Shell ni rupa-rupanya dah lama bertapak dalam Malaysia. Kalau ikut kiraan ulang tahun yang ke-125, maksudnya sejak tahun 1891 lagi Shell dah mula masuk ke negara kita.

Aku, salah seorang pengguna tegar Shell. Bukan sahaja untuk bahan bakar kereta, malah untuk minyak pelincir juga sama.

Shell, jenama yang dah terkenal. Dengan adaptasi kejuruteraan kimia yang dibawa daripada teknologi Formula 1, kiranya pengalaman aku menggunakan produk Shell memang memuaskan hati.

Malah, bukan setakat itu.. Shell juga banyak memberi pengalaman-pengalaman manis dalam hidup aku antaranya kenangan ketika mewakili zon sentral dalam Shell FuelSave Challenge yang diadakan 2 tahun lepas. Dapat berdiri didepan stage selaku Top 3 pemandu yang berjaya pandu kereta dalam keadaan yang paling menjimatkan, memang satu perasaan yang cukup menggembirakan.

Terkini, sempena dengan ulang tahun ke-125, Shell sedang menjalankan satu lagi contest. Dimana contest ini adalah contest online yang dipanggil “Our Canvas, Your Story“, memfokuskan tentang satu pertandingan gambar yang paling menarik didalam applikasi Instagram.

Shell Mural Art

Masih lagi bersemangat seperti menyertai contest-contest terdahulu yang dijalankan oleh Shell, dah tentulah aku takkan lepaskan peluang ini kan. Dah nama pun, pengguna tegar Shell. Setakat contest Instagram, memang sah-sah aku akan turut serta. Tuah ayam nampak dikaki, tuah aku mana tahu esok lusa dinobatkan sebagai salah seorang pemenang contest “Our Canvas, Your Story”. Hehehe.

Untuk menyertai contest ini sebenarnya mudah sahaja. Apa yang diperlukan oleh korang semua adalah dengan mengambil gambar sekreatif mungkin yang berlatar belakangkan lukisan-lukisan mural yang terdapat di stesen-stesen petrol terpilih.

Kemudian, selepas gambar diambil.. korang perlu memuat naik gambar tersebut kedalam akaun Instagram korang dengan memasukkan #ShellKita beserta tag 2 orang rakan.

Mural Art Kampung Boy_Shell

Haa.. mudah je kan.

Melalui apa yang telah diumumkan oleh pihak Shell, pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti gambar. Dan.. kalau korang nak cerahkan lagi peluang korang untuk menang.. Psstt.. Sila masukkan caption yang menarik tidak melebihi 40 perkataan. Itu juga salah satu faktor pemilihan pemenang. Kalau tak letak, tak apa.. cuma rugi sikit la. Elok-elok boleh tingkatkan peluang untuk menang, kang melepas hadiah.

KL Mural Art_Shell

Hadiah bukan sikit tau.. “Fuel worth RM500“. Maksudnya pemenang akan dapat minyak kereta percuma sebanyak RM500. Wuu.. banyak tu. Dan seramai 10 orang pemenang bakal dipilih. Hohoho.

Jadi, korang.. yang mana nak join tu boleh lah pergi singgah stesen-stesen minyak Shell yang terdekat. Jangan risau, mural art tu bukan sekadar ada di bandaraya Kuala Lumpur je, tetapi juga diserata Malaysia. Senarai stesen-stesen Shell yang terpilih, korang boleh rujuk www.shell.com.my/murals.

Kampung Boy Mural Art_Datuk Lat

Anak Kampung by Datuk Lat

Shell Mural Art KL Malaysia

Yap Hanzhen_Mural

Didalam web tu bukan sahaja dikongsikan lokasi, malah dikongsikan juga paparan lukisan mural yang telah pasang pada stesen-stesen minyak yang terpilih itu. Cantik-cantik weh.

Nota: Untuk makluman, contest “Our Canvas, Your Story” ini hanya dijalankan selama 2 minggu sahaja. Bermula daripada 5 September 2016 sehinggalah 18 September 2016.

Ada sebanyak 15 lukisan mural yang boleh dipilih untuk korang bergambar. Jadi, korang pilih lah yang mana korang suka. Nak lagi best, lagi cerah peluang nak menang.. kalau boleh, pergi ke semua stesen-stesen Shell terpilih ni. Ambil gambar banyak-banyak, post dekat Instagram banyak-banyak. Good luck ye korang. 😉

p.s: Jangan lupa like gambar dan instavideo aku dekat Instagram. Hahaha.

Nota: Contest Instagram dah extend sampai 30hb. So korang masih ada peluang nak menang RM500. Hee.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. ingt shell ingt kereta ferrari.
    bnyak gak koleksi ferrari kt umah dr shell.
    mmg bnyak promosi dr shell ni
    sbb tu jugak le aku slalu pkai.
    hehe.
    contest ig ni cmbest plak.
    adiah besar tu.

Leave a Reply to Sal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *