in ,

Shell FuelSave Grand Finale


Minggu lepas, seawal jam 8 pagi aku menyiapkan diri semata-mata untuk menghadiri satu event yang berlangsung di Shah Alam.

Ditemani seorang blogger popular yang tengah mabuk laut kerana tersalah makan seafood dimalam yang sebelumnya, Shakiddo, kami meredah kesejukan pagi yang tak berapa nak sejuk itu melalui highway KESAS.

Tepat jam 9.30 pagi kami sampai ke destinasi iaitu The Saujana Kuala Lumpur. Aiyak..terlebih awal pula. Nak buat macam mana, kereta terlampau laju..sepatutnya event bermula jam 10 lebih.

Event yang dimaksudkan adalah Shell FuelSave 95 dimana ia adalah bersempena dengan kempen untuk mempromosikan lagi produk petrol Ron95 keluaran Shell sekaligus mengumumkan pemenang bagi Shell FuelSave Challenge 2013.

finalist shell fuel save challenge
Cuba teka siapa menang? Sekejap lagi aku bagitahu.

Dan agak menariknya event kali ini, sebelum acara berlangsung..terdapat beberapa permainan menarik yang boleh para hadirin sertai. Permainan-permainan ini juga yang secara tidak langsung dapat memberi tunjuk ajar kepada peserta, bagaimana untuk menjimatkan lagi penggunaan petrol semasa memandu kereta di jalan raya.

Tips jimat minyak - Use Higher Gears and Avoid Over Revving
Penggunaan gear yang lebih tinggi akan mengurangkan kelajuan enjin sekaligus mengurangkan tekanan. Jangan sesekali melepasi “redline” kerana ia akan meningkatkan penggunaan petrol.
Tips jimat minyak - Avoid high speed
Semakin laju kereta bergerak, semakin tinggi kadar rintangan angin terhadap kereta. Yang menyebabkan pembaziran petrol semata-mata untuk mengekalkan kelajuan.
Tips jimat minyak - Avoid Excess Weight
Setiap peningkatan berat beban akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan petrol. Jadi pastikan tiada sebarang barang yang tidak diperlukan didalam bonet.
Tips jimat minyak - Check your tyre pressure
Tayar yang kurang angin akan menyebabkan kereta terasa berat dan tidak menjimatkan petrol. Disamping itu ianya juga merbahaya.
Tips jimat minyak - Use the correct oil
Penggunaan minyak enjin yang menepati spesifikasi membantu untuk mengurangkan masalah tekanan kelancaran enjin. Semakin lancar enjin bergerak, semakin effisyen penggunaan petrol sesebuah kereta.

Right fuel saving tips

Seronok..sekali sekala dapat hadirkan diri dalam event yang santai seperti ini memang suatu pengalaman yang menyeronokkan di samping menambah pengetahuan. Oh ya, berbalik kepada cerita pemenang Shell FuelSave Challenge 2013..selepas beberapa siri kontes diadakan dan setelah penilaian dibuat berdasarkan siapakah yang mampu memandu kereta dengan penjimatan petrol yang terbaik, akhirnya pihak Shell sebulat suara memilih Encik Amirul Fadzil sebagai pemenang tahun 2013.

Winner Shell FuelSave Challenge 2013

Tahniah! Sebagai pemenang, beliau layak membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000. Pehh! banyak tu..senyum sampai ke telinga Encik Amirul kita. Anggap je lah itu sebagai bonus hujung tahun kan. Hehe.

Apa-apa pun, walau terasa sedikit cemburu terhadap Encik Amirul yang dapat membawa pulang duit yang banyak..aku merasa bertuah juga kerana dijemput. Thanks #ShellFSChallenge13. Tak dapat duit, dapat ilmu pun jadilah. Dan diharapkan, dimasa akan datang..akan ada lebih banyak program seperti ini dianjurkan sebagai langkah untuk mendidik para pengguna tentang tips penjimatan petrol.

Yelah..minyak dah naik harga. So, kenalah berjimat cermat.

Tips tambahan tentang penjimatan minyak

 


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. Terima kasih di atas perkongsian info… Info ini sangat diperlukan pada ketika ini, terutamanya semenjak harga minyak naik …

  2. pendedahan macam ni memang menarik, sebab kadang kadang kita hanya bawak kereta jer, tak tau apa yang jadi dalam enjin.

    kena buat program macam ni untuk perempuan jugak. dorang tau bawak kete dan isi minyak jer. heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *