Nak menang RM300? Ala sikit.. RM2, 000? Tak pun RM20,000? Wow, banyak!
Haa okay kalau korang nak menang, ini aku nak bagitahu caranya. Bermula pada bulan Julai yang lalu, Shell telah kembali dengan acara tahunan mereka iaitu Shell FuelSave Challenge 2014.
Shell FuelSave Challenge ialah acara yang dianjurkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. Dalam cabaran ini, peserta terpilih akan memandu kereta yang disediakan iaitu Hyundai Elantra 1.6 mengikuti laluan ditentukan dalam masa yang telah ditetapkan. Cabaran akan berakhir selepas semua kereta kembali ke garisan penamat atau selepas tamat masa yang ditetapkan, yang mana terdahulu. Setiap peserta dinilai berdasarkan penjimatan petrol mereka di sepanjang laluan yang telah ditetapkan. Pemenang dipilih berdasarkan kadar penjimatan yang tertinggi, bukan tempoh masa yang diambil untuk menamatkan Cabaran, selagi mana mereka dapat kembali ke garisan penamat dalam masa yang ditetapkan.
Objektif acara ini masih juga sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya, dimana ia adalah bertujuan untuk memperkenal dan mempromosikan lagi jenama Shell FuelSave 95 disamping mendidik para pengguna jalan raya supaya lebih peka akan tips-tips penjimatan minyak.
Cara penyertaan
Untuk menyertai acara tahunan Shell FuelSave Challenge 2014 ini mudah sahaja, apa yang perlu dilakukan hanyalah:
- Anda mestilah pengguna jalan raya yang berusia di antara 21 hingga 60 tahun dan mempunyai lesen memandu yang sah, dengan pengalaman memandu sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
- Anda perlu menghadirkan di ke salah satu roadshow Shell FuelSave yang akan diadakan di empat buah bandar di seluruh negara
- AEON Bukit Indah, Johor Bahru (19 – 24 Ogos 2014)
- Berjaya Megamall, Kuantan (29 – 31 Ogos 2014)
- Gurney Plaza, Penang (4 – 7 September 2014)
- Paradigm Mall, Selangor (12 -14 September 2014)
- Anda perlu mendaftarkan diri dan menjawab beberapa soalan mudah kemudian melalui proses penyenaraian pendek.
- Ataupun secara alternatifnya, anda juga boleh mendaftar di laman web rasmi mereka di www.shell.com.my/fschallenge
Hadiah wang tunai yang menarik menanti pemenang Cabaran Shell FuelSave 2014 dimana empat pemenang di peringkat wilayah (Utara, Pantai Timur, Tengah dan Selatan) akan membawa pulang wang tunai sabanyak RM2000 setiap seorang dan seterusnya mereka ini juga akan berpeluang untuk bersaing di peringkat grand finale dimana hadiah utama yang ditawarkan adalah bernilai RM 20,000.
Haa.. best kan? Mudah je tu. Daftar, jawab soalan dan menang.
Nota: Aku pernah menghadiri acara grand finale dan juga majlis penyampaian hadiah bagi pemenang Shell FuelSave Challenge yang diadakan pada tahun lepas dimana aku dapat mendengar sendiri beberapa tips-tips penjimatan minyak yang telah dikongsikan Encik Amirul Fadzil Abdul Malek, iaitu pemenang kepada Shell FuelSave Challenge 2013. Antara tips-tips yang dikongsikan adalah:
- Sentiasa menggunakan minyak pelincir dengan gred yang disyorkan
- Pastikan tekanan angin tayar mencukupi
- Selenggara enjin anda mengikut jadual yang ditetapkan
- Hanya menggunakan penghawa dingin jika perlu
- Elakkan memecut dan berhenti secara mengejut
- Elakkan membawa barangan secara berlebihan
So, apa tunggu lagi. Cara penyertaan aku dah bagitahu, tips-tips (jawapan bocor) jimat minyak pun aku dah share. Tinggal korang je nak pergi daftar dan jawab soalan yang diberikan. Takkan korang taknak menang duit kan? Banyak tu. Paling kurang, hadiah saguhati pun lepas duit isi minyak sebulan. Hehehe.
>> Klik untuk daftar Shell FuelSave Challenge 2014 <<
p/s: Siapa ada tips penjimatan minyak yang lain? Mohon kongsi di bahagian kotak komen please.
Bestnya dapat peluang memandu kereta hyundai elantra. .. Sambil tu berpeluang memenangi hadiah2 yang lumayan. . 😉
hoho..
hang try tak cabaran kali ni?
Mana bleh tak try.. benda senang kot. Tengah collect point dah tu. Hahaha
aku bab kolek point ni yang malas. haha
Bukak website jawab soalan survey je.. dapat point. Senang gila. Haha
Biasanya akan mengisikan dengan minyak Shell untuk perjalanan jauh.
Hang daftar x?
RM20K? sapa nak bagi wei. menang dekat contest mcm ni, memang perghla! 🙂