Tamat sudah cabaran Shell FuelSave Challenge 2014 dimana Encik Muhammad Kamal Asyraf dari wilayah Pantai Timur telah dinobatkan sebagai juara bagi musim kali ini.
Walaupun agak sedikit kecewa kerana aku tidak berjaya mengalahkan beliau tempoh hari, namun aku masih bersyukur kerana mampu menamatkan saingan di tempat yang ketiga.
Alhamdulillah.
Cabaran Shell FuelSave Challenge 2014, bermula dari Stesyen minyak Glenmarie dengan menggunakan kereta Hyundai Elantra 1.6 Sport dimana jarak perjalanan yang perlu kami harungi adalah dalam lingkungan 92km.
Sepanjang cabaran dijalankan, pelbagai strategi dan tips penjimatan minyak yang telah digunakan. Antara strategi yang sempat aku praktikkan termasuklah:
- Tidak menggunakan penyaman udara sepanjang cabaran.
- Mengekalkan kelajuan dan juga mengawal speedometer RPM supaya tidak melepasi angka 2,000 rpm.
- Mengekori kenderaan berat supaya dapat mengurangkan rintangan angin dari depan.
- Mengurangkan penggunaan brek dimana ia akan menyebabkan penggunaan minyak yang berlebihan ketika ingin memecut laju semula.
Tetapi apakan daya, walau sehebat mana sekalipun aku mengamalkan tips penjimatan minyak yang diberikan oleh Shell, ternyata ada diantara pesaing-pesaing aku yang lebih handal.
Aku kalah tipis.
Ini bermakna, kekalahan aku dengan hanya menduduki tempat ketiga cukup sekadar aku membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Well, kira not bad juga lah kan hadiahnya.
Secara keseluruhannya, dengan melibatkan diri dalam cabaran Shell FuelSave Challenge ini memberikan aku satu kenangan manis yang tak mungkin aku lupakan.
Selain daripada sokongan daripada penyokong yang supportif dan juga event yang menarik, sedikit sebanyak cabaran ini mengubah cara pemanduan aku sehari-hari.
Kini aku bukan lagi seperti dulu yang mana cara pemanduan aku sekarang sudah berubah dan ianya lebih kepada mengamalkan tips-tips penjimatan minyak yang aku perolehi sepanjang cabaran diadakan.
Terima kasih Shell, terima kasih semua di atas support. Kerana jasa-jasamu, aku kini menjadi pemandu yang lebih berhemah dijalan raya.
Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014 sila layari www.shell.com.my/fschallenge.
p/s: Tahun depan jom kita pakat-pakat join cabaran ini lagi okay. Hadiah lumayan, pengalaman best. Kalau tak join, rasa macam rugi sangat.
Tahniah abang hafiz… jom guna Shell..!!!
Tahniah Hafiz.. Minyak Shell memang terbaik.. Tahun depan kalau ada lagi challenge ni confirm aku join.. Haa
Tahniah bro.jom join tahun depan jangan lupa roger
Tips tu memang boleh pakai nak jimat minyak, tapi bab ikut lori tu serius kadangkala seriau gak ….
ikut lori tu jangan rapat sangat bro. kasi ada gap sikit. kalau rapat, tak dan nak brek. hehehe.