Shell EasiGo American Express Pilihanku

Selalunya kalau aku keluar ke mana-mana aku kurang gemar bawa cash yang banyak. Salah satu sebabnya, kerana aku malas nak tebalkan dompet aku. Yang kedua pula, aku jenis yang pantang kalau nampak cash yang banyak. Sebabnya, bila aku dah nampak cash yang banyak.. aku akan jadi boros berbelanja.

Jalan penyelesaian?

Untuk mengelakkan masalah diatas berlaku, jalan penyelesaian aku mudah je. Aku guna kad.

Ya, kad. Tak kisah la kad apa pun.. kad kredit ke, kad debit ke.. asalkan kad.

Tapi itu dulu, beberapa bulan lepas. Sekarang, aku dah jumpa satu jenis kad lain yang dah jadi kegemaran aku dan kad ini kalau korang tanya.. memang aku sarankan kepada korang semua untuk cuba. Kad tersebut yang diberi nama Shell easiGO American Express® prepaid kad.

Shell EasiGo Amex Prepaid Card

Apa itu Shell easiGO American Express® prepaid kad?

Okay. First introduction buat korang. Shell easiGO American Express® prepaid kad ini sebenarnya adalah antara produk terbaru keluaran Maybank dimana ia adalah kerjasama diantara dua syarikat ternama iaitu Shell dan juga Maybank.

Ia merupakan sejenis prepaid kad yang mana fungsinya sama juga seperti kad-kad kredit yang lain, cuma ia memerlukan pengguna untuk topup in advance certain amount ke dalam akaun kad ini supaya bila korang nak berbelanja nanti ada kreditnya.

Shell EasiGO American Express

*Konsepnya sama je macam prepaid telefon, nak buat call or sms kena ada kredit. Kalau takde kredit tak boleh buat panggilan.

Bagi yang tertanya-tanya kelebihan Shell easiGO American Express® prepaid kad ini, ada banyak dan antara kelebihan utama yang ditawarkan adalah:

  1. Kad ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, sebagai contoh; setiap transaksi akan disertakan dengan notikasi SMS kepada pemilik kad.
  2. Tiada kadar faedah bulanan atau caj lewat.
  3. Boleh digunakan sebagai ATM card.
  4. 1 x Treats point bagi setiap RM3 yang dibelanjakan menggunakan Kad Shell easiGO Prepaid.
  5. Diskaun sehingga 10% pada produk pelincir Shell di mana-mana stesen Shell yang terpilih.
  6. Percuma 12 bulan insurans hilang upaya kekal dengan jumlah maksimum yang diinsuranskan sebanyak RM15 000 yang ditaja jamin oleh Etiqa Insurance Berhad (*Tertakluk kepada terma dan syarat).

Menarik tak? Kalau tanya aku.. Dah tentu aku paling suka bab dapat dapat treat point tu, kerana bagi aku ianya nampak seperti pihak Shell betul-betul menghargai setiap pelanggannya. Lagipun, barangan-barangan yang boleh ditebus semuanya best-best belaka.. jam tangan ada, gadget ada, barangan kesihatan pun ada. Pendek kata, macam-macam ada. Rujuk sini untuk senarai penuh – www.maybankard.net.my

Info tambahan:

Starter kit Shell EasiGo untuk pemandu kereta. Kalau untuk penunggang motorsikal, ada gambar motorsikal.
Starter kit Shell EasiGo untuk pemandu kereta. Kalau untuk penunggang motorsikal, ada gambar motorsikal.
  1. Kad ini boleh dimohon oleh individu yang berumur 18 tahun ke atas tanpa sebarang syarat dan juga tanpa perlu menunjukkan penyata pendapatan serta pemeriksaan kredit.
  2. Terdapat 2 jenis kad prepaid:
    • untuk pengguna motorsikal (limit pra-kebenaran untuk kegunaan di mesin pembayaran luar sebanyak RM20, maksudnya kena ada minimum RM20 kalau nak guna untuk isi minyak motorsikal).
    • dan, untuk pemandu kereta (limit pra-kebenaran untuk kegunaan di mesin pembayaran luar sebanyak RM80, maksudnya kena ada minimum kredit RM80 kalau nak guna untuk isi minyak kereta).
  3. Untuk memiliki kad ini, korang boleh dapatkannya dari mana-mana stesen minyak Shell yang berhampiran hanya dengan harga RM15.
  4. Annual fee sebanyak RM6.00 setahun dan hanya akan dipotong sebanyak 50 sen sahaja setiap bulan.
  5. Pendaftaran perlu dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan yang disertakan dalam pek permulaan dan menyerahkannya bersama-sama dengan satu salinan Kad Pengenalan atau pasport anda, kepada Maybank melalui:
    1. Fax: 03-2070 6868
    2. Email: prepaidcard@maybank.com.my
    3. Pos: Maybank Card Centre, 7th floor, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur

Haa.. jadi bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan kad ini, cepat-cepatlah pergi stesen Shell yang terdekat ye. Dekat kaunter bayaran tu memang diorang ada display melainkan kalau dah habis stok. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rami Shell.com.my ataupun Shell EasiGO Amex FAQ.

p/s: Isi minyak guna Shell FuelSave 95, bayar pula guna Shell EasiGO Amex. Memang terbaik lah.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 5 Comments

    Leave a Reply
    1. Saya doakan semoga satu hari nanti Mykad yang kita ada dapat menggantikan semua kad-kad diskaun yang ada di Malaysia ini..

      Sebab lebih membantu rakyat Malaysia dari segi penjimatan.. Tak perlu sebarang syarat pembelian dan tak perlu bayar Annual Fee… Percuma seumur hidup…

      Lepas tu senang.. Tak perlu nak menebalkan beg duit, bila mykad dapat menggantikan semua fungsi-fungsi kad yang lain…

      Terus mengharap semoga ia dapat menjadi kenyataan pada satu hari nanti… Semuanya untuk kemudahan rakyat Malaysia

    2. Memang memudahkan tidak perlu Q dikaunter. Cuma tempoh hari rasa cuak apabila ada stesen pam minyak ada masalah tak boleh baca kad. Masuk dalam ke kaunter tidak dilayan. Minyak sudah beri signal. Nasib baik dapat isi pam minyak satu lagi boleh baca kad. Memang cemas masa tuh kalau kereta tersedai di highway sebab kehabisan minyak.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Fakta Menarik Legoland Star Wars Miniland

    Legoland Water Park Tak Best Ke?