Setiap Detik Itu Berharga..

Pejam celik pejam celik kejap je dia besar depan mata. Ingat lagi dulu masa lahir duduk bawah lampu biru, kecil.. terasa sangat fragile bila nak dukung.

Tapi since dah 6 bulan berlalu, kini dia membesar bagaikan juara. Minum susu, makan nestum beberapa kali setiap hari.. even bila pergi kedai ikut orang makan pun, tangan dia yang paling gigih terkapai-kapai nak capai makanan.

Pagi-pagi pula bersiap nak pergi taska. Menangis, mengamuk? Not even once.

Macam dah telebih suka pula dia dengan taska tu.. sepanjang perjalanan ke taska yang jaraknya sejengkal dari rumah, nampak cool, rileks dan happy.

Sambil buka tingkap, ibu pegang dia menghadap ke luar.. hirup udara segar di pagi hari. Tersenyum-senyum dia kegembiraan.

Haihh.. jujurnya moment-moment sebegini memang priceless.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *