in ,

Setengah Juta Orang Bakal Menyertai Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2017


Kali terakhir aku jejakkan kaki ke MAEPS Serdang adalah ketika MAHA 2016 diadakan. Ketika itu berduyun-duyun orang ramai berkunjung kesana semata-mata hendak menyaksikan kepelbagaian produk asas tani keluaran tempatan yang diketengahkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Tahun ini pula kedengaran ada lagi satu acara yang tidak kurang menariknya bakal diadakan ditempat yang sama. Acara yang dimaksudkan adalah sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2017.

Bakal berlangsung dari 28 September 2017 (Khamis) sehingga 1 October 2017 (Ahad), aku difahamkan bahawa sambutan HPPNK 2017 dijalankan bagi menghargai golongan peladang, penternak dan nelayan dalam usaha memastikan sumber makanan kita terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui sambutan HPPNK 2017 ini, mereka secara tak langsung akan terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan.

Berbanding dengan sambutan HPPNK yang telah diadakan pada tahun-tahun sudah, aku juga dimaklumkan bahawa terdapat kelainan dalam pengisian program HPPNK 2017 yang bakal dijalankan nanti.

Selaras dengan hasrat kerajaan ke arah Transformasi Nasional 2050, pihak bertanggungjawab turut membawa serta memperkenalkan Malaysia Food Festival (MyFF) ketika HPPNK 2017 dilangsungkan.

Bertemakan “Makanan kita Masa Depan Kita“, MyFF 2017 ini yang merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara. Ia bakal menyaksikan para pengunjung berpeluang untuk menikmati sajian makanan yang disediakan, disamping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia berdasarkan inspirasi elemen-elemen seperti berikut:

  • Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat
  • Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka
  • Teknologi makanan: Pameran teknologi makanan seperti pembungkusan
  • Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan
  • Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga jualan Food Truck.

Dijangkakan sebanyak 850 gerai pameran dan jualan akan dibuka sepanjang sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 ini dijalankan dan dianggarkan seramai setengah juta pengunjung akan berkunjung ke HPPNK 2017 ini nanti.

Quite interesting kan? Rasa tak sabar je nak join sekali. 😉

Nota: Penyertaan daripada exhibitor adalah dialu-alukan, dan sekiranya korang perlukan maklumat lanjut dan terkini mengenai HPPNK 2017, korang boleh ikuti perkembangan mereka melalui laman Facebook, Twitter dan Instagram @HPPNK2017.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *