Servis Vios Dugong Mileage 190,000 km Di SC Bangi

Alkisahnya, mileage vios dugong aku dah cecah 190,000 km. Pada mulanya bercadang nak servis kat SC Wing Hin, Balakong. Tapi bila call untuk set appointment date, tarikh yang aku nak tu dah penuh dan quoted price adalah below RM600.

Terdetik dalam fikiran, apa benda yang diorang buat normal service sampai quote price tinggi macam tu.

Adoyai.. dah la tengah-tengah duit tak berapa nak ada ni tambah pulak baru je lepas tukar tayar yang dah koyak hari tu. So, benda ni buatkan aku berfikir lebih panjang.

Nak maintain ke SC ke nak servis kat luar?

Kelebihan servis kat SC bilamana rekod ko akan terjaga dan dalam masa yang sama senang untuk trace problem kalau ada servis yang dilakukan tak betul. Cuma kekurangan, bab harga tu yang memeningkan kepala.

Manakala kalau servis kat bengkel luar pulak, harga boleh dapat murah. Even boleh dapat dalam 200+ je kalau guna minyak fully synthetic. Cuma.. bengkel luar faham-faham je la, kena yang jenis nak kikis duit pelanggan. Manjang nak upsale je. Hahaha

Dek kerana tak puas hati dan rasa was-was masih timbul untuk servis kat luar, aku buat panggilan ke beberapa SC yang lain. Dan first call aku ke Toyota Service Center Bangi, memberikan sinar harapan.

Price quoted, RM250+.

What? Jauh beza kan dengan harga SC Balakong. Dan yang lebih menggembirakan, tarikh yang aku nak.. masih lagi ada slot kosong.

Zasss.. terus set appointment tanpa berfikir 4-5 kali. Memang itu price range yang acceptable dengan poket aku dan tarikh pun dah cun.

Service Center Bangi

Actually dulu aku pernah datang ke SC Bangi, 4 tahun lepas masa servis 70,000km. tapi pada ketika itu servis kurang memuaskan. Sebab ruang menunggu yang kecil, kemudian servis pun buat macam cukup syarat.

Tapi, yang terbaru.. sampai je aku di SC Bangi. Terkejut woi.. lokasi lain (aku ingat tempat dulu, sampai je dah tak nampak. Guna Google Map, rupa-rupanya dah berpindah ke tempat baru. Masih di kawasan yang sama, cuma masuk simpang lain).

Building baru haa.. 2 tingkat lagi. Dan yang paling menggembirakan, visitor lounge luas dan selesa.

Plug point ada banyak untuk memudahkan pelanggan charge handphone. Hohoho. Bagus weh.. tak sangka pulak SC Bangi dah best macam ni. Punya lah lama aku tak datang, walhal dekat je dengan rumah.

So, next time untuk servis berkemungkinan akan maintain sini je. Dekat dan lebih jimat.

By the way untuk normal service mileage 190,000km, total damage adalah RM500+. Itu termasuk minyak enjin, oil filter, gasket, window washer, tukar getah wiper (ni aku tambah sebab wiper dah tak berapa elok) DAN bateri kereta.

 

Damn you bateri! Tak sampai setahun dah kong. Nasib baik kong tadi masa tengah servis. Terus tech advisor recommend tukar baru. Original Toyota punya. Terbang duit aku, terus lari budget. 😅

p.s: Kalau lah aku accept appointment kat SC Balakong, mau kena bayar lebih lagi sebab tambahan bateri kereta tu. Hohoho


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini