Servis Vios Bila Dah Masuk Mileage 140,000km

Kereta, biasalah. Perlukan maintenance bagai. Tiap-tiap 10,000 km perjalanan, mesti mintak masuk “Spa”.

Tak layan permintaan nanti takut merajuk pulak. Kalau Dugong aku merajuk, susah hidup aku. Nak pujuk susah, silap-silap kena bergolok-gadai semua baju seluar. Hahaha.

Minggu lepas, giliran servis Vios aku untuk mileage yang ke 140,000km.

Servis major? Bukan. Kali ni masih lagi minor servis, ditambah dengan tukar brake pad yang dah haus.

Actually, kalau ikutkan pengalaman dulu.. aku pernah je tukar brake pad Vios kat kedai luar. Tapi disebabkan brake pad dah nazak dan kedai yang aku pernah tukar tu pulak tutup.. jadi, nak tak nak kena iya kan aje bila pegawai Toyota yang bertugas bagitau brake pad dah perlu ditukar.

servis-vios-140000km

Simptom-simptom brake pad nazak ni aku dah tau beberapa hari sebelum tu lagi dah. Bila tekan brek, bunyi kasar je. Lepas tu pulak macam kurang grip. Kadang-kadang, ada bunyi besi yang memeritkan telinga bila korang tekan brek perlahan-lahan. Itu tandanya, wang nak keluar.. wang nak keluar! Hahaha.

Anyway, total damage untuk 140,000km hampir-hampir cecah RM580+ je. Kos spare part RM400+, labour charge RM160+. For info, harga brake pade kat SC Toyota Balakong.. dapat RM249.70 (sebelum diskaun dan tak termasuk GST 6%).

kos-servis-vios-140000km
Untuk detail harga, klik untuk besarkan gambar. – Tarikh servis: 1/10/2016.

p.s: Usia Dugong dah cecah 5 tahun. Tapi masih maintain tip top bila dijaga dengan dengan penuh kasih sayang. Hik hik hik

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 7 Comments

    Leave a Reply
    1. Cepat betul tukar brek .kali terakhir tukar kat luar, kalu baca balik tahun 2014. Kali ini ganti lagi mileage 140k. Kat luar tu bukan original kot. Kalu ikutkan mileage 140k dah boleh ganti sekali logik juga

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Yes! Berjaya Kumpul Shell Heritage Canister Limited Edition

    Karya Agung Pertama Khair di KLPF