in

Servis Vios Awal Sikit Sebelum Mileage Cecah 230,000km


Macam tajuk diatas, aku servis awal sikit vios aku kali ni. Mileage belum cecah 230,000km pun dah buat appointment dengan Toyota. Actually, bukan atas sebab teknikal apa pun. Tapi sebab minggu depan dah raya haji. Nak jalan jauh, dan sekaligus untuk elakkan mileage aku terlebih daripada bacaan yang sepatutnya untuk diservis. Balik kampung bukannya dekat, Terengganu sana nun.

Nak buat appointment minggu raya memang tak dapat la kan. Kau ingat kau je nak cuti, silap-silap Service Center pun tutup. So play safe lagi baik. Sayang kereta punya pasal. Hohoho.

So, untuk servis kali ni masih lagi basic servis. Tukar minyak hitam, oil filter dan sebagainya. Kos dikenakan dalam RM250+ (tambah sekali labour charge).

Cuma untuk servis kali ni orang Toyota ada inform kat aku, valve cover gasket ada bocor sikit. Tak banyak, sikit je. Untuk mengelakkan ia bocor lebih besar, aku dinasihatkan untuk tukar. Anggaran kos pulak dalam RM100+.

So, buat masa ni benda yang dipanggil tukar valve cover gasket ini kiranya dah termasuk dalam list to do aku paling urgent la. Ada je duit nanti roger terus Toyota untuk tukar valve cover gasket yang baru. For info, valve cover gasket ni bendanya adalah kat bahagian atas engine cylinder head kereta korang.

Ia untuk mengelakkan minyak hitam daripada terkeluar daripada enjin yang mana minyak enjin tersebut digunakan untuk melincirkan camshafts, valves dan pelbagai lagi jenis kompenen dibahagian dalam atas enjin.

Kalau tak tukar valve cover gasket yang dah bocor, lama-lama nanti makin berkurang la minyak hitam korang. Worst case kalau bocornya besar, silap-silap minyak kering hitam. Selain itu, ia juga membuatkan enjin kereta korang berbunyi lebih kasar dan valve cover jadi kotor.

p.s: Untuk servis 220,000km tempoh hari, lupa pulak share dalam entri. Sebabnya ia adalah basic servis jugak so mungkin hari tu aku malas dan terus terlupa untuk bercerita dalam blog. Maafkan aku. Hahaha. Total kos untuk basic servis 220,000km adalah RM250+ dimana ia melibatkan penukaran Minyak hitam, oil filter, gasket, window washer serta pemeriksaan Maxcheck Advance.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Kereta tahun bila tuan? Vios sy tahun 2010. Mileage sy pun dah hampr 234,000km. Tunggu nak major servis 240,000km lak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *