in

Servis Vios 210,000km Di Penghujung Tahun


Penghujung tahun 2018, selesai servis vios aku untuk mileage ke 210,000km. So far so good. Ada jugak orang tanya, dah guna Vios untuk satu tempoh masa yang lama macam ni ada apa-apa masalah tak?

Jujur aku jawab, masalah kecik tu ada. Tapi masalah besar? Tak ada. Paling besar setakat ni aku kena hadap pun, kereta tak boleh nak start sebab bateri dah kong. Itu pun sebabnya bateri dah memang dah uzur sangat dah.

Kereta breakdown tanpa punca? Yang ni Alhamdulillah tak ada. Mungkin berkat aku kekal maintain servis kat Toyota Service Center jugak kot.

Biarpun sedikit mahal dari bengkel luar, tapi malas sebenarnya nak serabutkan kepala dengan perkara remeh-temeh. Hantar kat sana, diorang handle dari A-Z.

By the way, bercerita pasal servis yang ke 210,000km ni.. kebetulan pulak dah akhir tahun kan. Risau jugak sebenarnya takut SC tutup. Tapi lepas dah call, Alhamdulillah.. Toyota SC Bangi masih lagi beroperasi seperti biasa kecuali melibatkan public holiday.

So, untuk servis kali ni masih melibatkan minor service sebab next major service aku adalah pada 240,000km. Dan total kos untuk minor service 210,000km ini adalah RM420+.

Tukar minyak engine, masuk fuel injector cleaner, alignment and balancing. Cuma, SC ada inform la.. lepas diperiksa, diorang kata brake pad depan dah nak habis. Tinggal lagi 2mm. Jadi, kena standby duit la kot.

p.s: Tukar brake pad je aku tak buat kat Toyota SC Bangi sebab kat sini diorang quote aku RM300+. Cadang untuk buat kat tempat lain sebab kebiasaan harga tukar brake pad vios yang aku dapat dalam RM200+ je.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *