Kali ke-18 bawa Vios aku untuk diservis yang turut membawa maksud, dah sejauh 180,000km kereta aku bergerak. Dan kalau dicongakkan.. fuhh.. agak jauh sebenarnya aku memandu dengan vios ini. Boleh dikatakan kalau dikira dengan jarak mengelilingi dunia, dah cecah 14 kali aku tawaf bumi (memandangkan diameter bumi sebesar 12,742km sahaja). Hehehe.
Servis kali ini (milage 180,000km) yang merujuk kepada minor servis, tak semahal major servis. Anggaran kos sama seperti servis-servis yang sebelum ini. Cuma kalau diikutkan schedule, harganya tinggi sedikit oleh kerana adanya penyelenggaraan pendingin hawa (aircond).
Akan tetapi, bergantung kepada pemilik.. seperti aku yang mempunyai budget yang terhad, so benda ini boleh di skip terlebih dahulu.
Selain itu, disebabkan aku baru sahaja menukar tayar yang telah haus kepada tayar TOYO NanoEnergy 3 pada bulan oktober tempoh hari (2 bulan yang lalu), maka pemeriksaan balancing dan alignment juga aku keluarkan daripada *senarai perlu buat untuk memberi laluan kepada aku untuk mendapatkan harga servis yang lebih murah.
Jadi dengan jumlah bayaran RM340+, apa yang telah aku lakukan untuk aktiviti servis kali ini adalah penukaran minyak enjin, engine flush, petrol injector cleaning dan tak dilupakan juga Toyota Maxcheck Advance.
Jumlah masa yang digunakan, sejam lebih je. Sebab tak banyak benda yang perlu dibuat. 🙂
Nota: Walaupun budget agak terhad, servis kereta tetap perlu dilakukan. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak ini berlaku kepada kereta dan juga keluarga. Tahu tak korang kalau tak servis kereta, bayaran insuran untuk renew roadtax juga akan lebih tinggi?
minggu ni nak servis kereta, harapnya bil tak melambung tinggi. huhu