Servis Vios 120,000 km

Dapat call reminder daripada pihak Toyota Balakong beberapa hari lepas supaya aku datang servis kereta Vios untuk mileage yang ke 120,000 km.

Melalui panggilan telefon, katanya servis kali ini adalah major service dan kos yang dianggarkan adalah dalam sekitar RM1200+.

Disebabkan kewangan bulan ni agak tidak stabil, aku meminta pengecualian daripada pihak Toyota untuk melakukan minor service sahaja.

Boleh, jawab pegawai service centre Toyota yang bertugas.

Perbualan diteruskan.. bla bla bla dan akhirnya schedule berjaya ditetapkan. Sabtu, 20hb Febuari 2016.

Awal-awal pagi lagi aku kesana seperti yang dijanjikan. Kereta diserahkan kepada pegawai Toyota yang bertugas.

Toyota Service Balakong

Dan, setelah disemak semula rekod servis kereta. Nah.. rupa-rupanya ada satu kesilapan info yang telah disampaikan oleh pegawai servis centre tempoh hari.

Mileage 120,000km, sebenarnya tidak lagi memerlukan aku untuk melakukan major servis buat Vios putih aku. Cukup sekadar dengan melakukan minor service dan sedikit penambahan lain iaitu penukaran spark plug, hanya pada mileage yang ke-160,000 km barulah major service menanti.

Dalam hati, lega.. Masih ada masa untuk membuat simpanan.

Untuk Vios aku mencapai mileage yang ke-160,000km, aku anggarkan mungkin dalam masa 1 tahun lagi baru tiba masanya (last major service 80,000km pada November 2014). Jadi, simpanan bulanan sebanyak RM100 melalui teknik tabung oren, mungkin memadai. Hohoho.

Kos Servis Vios 120,000km
Klik gambar untuk besarkan

Nota: Total kos servis 120,000km.. RM264.85 (Spare Parts) + RM150.55 (Labour charges) = RM415.40. Masih dalam budget.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Order Makanan Secara Online Dengan Shogun2U

Berbaloi Hantar Khair Masuk Pra Sekolah