Servis Vios 100,000 km

Hambik kau.. asalnya sekadar nak kena servis minor untuk mileage 100,000km tapi bila dah check betul-betul, rupa-rupanya ada benda lain juga yang nak kena tukar.

Toyota Servis Centre Balakong

Belting aircond (V-Belt). Bak kata SA (Service Advisor) Toyota, dah crack katanya. Kalau aku masih berkeras untuk tak nak tukar yang baru, berkemungkinan besar nanti akan ada masalah lain yang lebih besar pula akan muncul.

Harga belting RM189.52 Bila dicampur tolak dengan upah servis minor, total damage semalam dalam lingkungan RM400+. Fuhh.. berpeluh kejap tengok bil.

Servis 100,000km vios

Tapi tak apa. Bayar aje bil. Lagipun kereta ni dah banyak berjasa dengan aku, Dari mula pakai sampai sekarang tak pernah ada masalah. Kiranya puas hati aku jadi pengguna Vios. Best car in my life (buat masa sekarang). Hehehe.

p.s: Belting yang kena tukar tu bukan timing belt, tapi belting yang ada kena mengena dengan aircond dan bateri kereta. Untuk pengetahuan, vios tak pakai timing belt, tapi dia pakai timing chain. Sama macam Myvi.

Ruangan menunggu

p.p.s: Servis kali ni buat dekat Toyota Balakong. Besar buildingnya. Memang selesa sangat compare to Toyota Segambut. In future, tak nak pergi tempat lain dah. Maintain servis sini je. :p

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Ari tu sy tkr v-belt kat luar je..beltnya rm52,upah rm20..kalo belt jenama bando dlm rm30 je..dh tny kalo kat SC brg ngan upah dlm rm270..

  2. Belting aircond problem yang bunyi macam tikus tu ke ? Tapi aircond tutup pun masih berbunyi ? Ada belting aircond jugak ? Mohon pencerahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tukar Skrin Handphone Pecah