in

Seronoknya Guna Aplikasi Pengecaman Muzik Shazam


Beberapa bulan lalu, aku jump ship daripada Android to iOS. To be precise, daripada Sony M5 ke iPhone 7. Memang ketara perbezaannya.. ye la, apa nak hairan. Dah nama pun daripada mid range smartphone ke flagship, memang performance banyak beza kan.

Tapi, dalam banyak-banyak features dalam Sony M5 aku tu.. ada satu built in apps yang aku suka dan sangat-sangat jarang manufacturer lain buat yakni TrackID.

Buat korang yang tertanya-tanya aplikasi TrackID ni apa kegunaannya, fungsinya sebegini..

Dalam satu situasi, korang dengar radio dalam kereta. Then, secara tiba-tiba stesen radio mainkan lagu yang korang memang suka dan dalam masa yang sama juga, korang tak tahu tajuk atau nama artis yang menyanyikan lagu tersebut.

Secara pantasnya korang buka aplikasi TrackID. Dengarkan lagu tersebut pada aplikasi TrackID.. dan selang beberapa saat, aplikasi ini akan paparkan info berkenaan lagu tersebut (tajuk lagu, penyanyi, album dll).

Haa.. menarik kan? Disebabkan aku suka dengar muzik, that’s why aku suka aplikasi ni.

Tapi, memandangkan aku dah bagitahu aku dah officially jumpship ke iOS.. Meaning to say, dalam iPhone aku memang tak dapat lagi lah nak install aplikasi TrackID ni kan. So, the journey to find the replacement apps began.

Until, one day.. aku dapat info bahawa, untuk pengguna iPhone ada satu aplikasi yang seumpama dengannya tetapi lebih power. Siap dengan fungsi display lirik dan boleh integrate dengan aplikasi streaming muzik Spotify.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah Shazam, yang mana dulunya standalone tetapi kini telah dibeli oleh Apple.

Nama pun macam zam zam ala kazam. Senang betul nak ingat nama aplikasi ni. Hehehe.

Dengan proses memuat turun dan memasangnya ke dalam iPhone secara percuma, penggunaan aplikasi ini selama beberapa hari di iPhone aku.. ternyata aplikasi ini adalah the best replacement apps untuk TrackID.

Yang menariknya juga, once kita launch dan guna aplikasi ini ia juga akan create satu playlist baru di Spotify untuk lagu-lagu yang kita search. Awesome gila!

Note: Pengguna Android pun boleh juga guna Shazam ni.

p.s: Dapat info dari web luar negara bahawa aplikasi TrackID pada peranti Sony akan dihentikan perkhidmatannya secara rasmi bermula tahun 2018. So, no regrets dah tak pakai Sony. Hee.. saja cari gaduh. :p


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *