in ,

Seronoknya Dapat Ke Farm In The City


Wah.. Seronoknya dapat pergi ke Farm In The City. Walaupun sebelum ini kawasan Seri Kembangan adalah laluan yang sering aku gunakan, tapi tak pernah aku tahu pula memang ada sebuah petting zoo di sini.

Farm In The City

Lokasinya mudah sahaja iaitu dibelakang pasaraya Giant Seri Kembangan dan berdekatan dengan pasar borong Selangor.

Entrance Farm In The City

Pada awalnya, niat untuk ke Farm In The City ini memang dah dirancang pada akhir tahun lepas. Tetapi dek kerana susunan jadual aku yang agak penuh, maka perancangan ini terpaksa ditunda kepada awal tahun ini (Cehh.. alasan.. Hahaha).

Untuk makluman korang, harga bagi tiket masuk ke Farm In The City hanya RM30 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Bagi anak-anak yang ketinggiannya kurang daripada 90cm, masuk adalah percuma.

Harga tiket FITC

Nak lagi murah? Family package pun ada.

Family package bagi mereka yang berkunjung bersama keluarga.

Pengalaman

Kunjungan aku buat kali yang pertama ke petting zoo Farm In The City, agak teruja sebenarnya. Kerana.. disamping diri sendiri ingin melihat haiwan-haiwan yang dibela disini, teringin juga aku untuk melihat bagaimana reaksi Khair apabila buat kali pertamanya berdepan secara face to face dengan haiwan-haiwan yang tak pernah dilihatnya sebelum ini.

Khair dan kura-kura gergasi
Kura-kura.. Nah! makan kangkung ni cepat!

Alhamdulillah, Khair cepat dapat menyesuaikan diri dengan baik. Sebelum sampai, ada juga perasaan risau, in case dia tiba-tiba tak suka dan mengamuk ajak balik. Kalau tak kena gaya, bingit telinga dibuatnya. Hahaha.

Mood's Lake FITC

Kuda Farm In The City
Kuda kaki pendek, jalan terkedek-kedek.

Bird feeding Farm In The City

Eh.. eh. Jinak-jinak haiwan peliharaan Farm In The City. Makanan yang dihulurkan, cepat je ada yang datang makan ye.

Birds hand feeding

Sukanya puan isteri bila banyak burung hinggap di tangan.

Hafiz Rahim bersama rusa

Rusa ini baik. Minta dibelai manja. Orang datang bergambar, langsung tak berganjak. Dia maintain dengan posisinya yang sama.

Taman arnab

Daddy.. Daddy.. Adik bagi rabbit makan kangkung. Guinea pig pun ada.

Red Iguana

Landak

Saiz landak ini lebih kurang saiz seekor anjing. Nampak ganas, tapi bergerak secara slow motion. Di siang hari, ia banyak menghabiskan masa dengan tidur. Dan untuk pengetahuan, landak tidak akan menyerang seseorang sekiranya dirasakan tidak terancam. Tetapi sekiranya diserang, ia akan menyerang kembali musuhnya dan melepaskan duri-duri di badan dengan cara menggulingkan badannya kepada musuh.

Iguana

Pet Village Farm In The City

Yeay! Susah payah ibu dan Khair cuba tangkap ikan di Pet Village, akhirnya dapat juga seekor.

Hafiz Rahim-Burung kakak hantu

Burung hantu ini sangat comel, mata hitamnya.. huiii.. besar yang amat. Agak-agaknya lah kan.. Contact lense jenama apa yang dipakainya ye. Hmm..

Hafiz Rahim Farm In The City

Prairie dog-Tupai tanah

Ini adalah Prairie Dog ataupun dalam bahasa melayunya, tupai tanah. Comel. Gambar ini semasa mereka sedang tidur. Macam-macam style ada. Baring, duduk, terkangkang.. Semuanya bulat-bulat, gemuk.. macam bola.

World largest egg

Tahukah anda telur burung unta ini mampu menahan berat beban diatasnya sehingga 90kg?

Kampung Mahmood Bird Zone Farm In The City

Owh.. burung pun suka mandi ye. Terjerit-jerit kegembiraan.

Khair dengan ayam serama

Well.. Inilah gayanya anak bandar yang jarang dapat melihat haiwan-haiwan ternakan kampung. Dapat pula ayam yang berada di depan mata, saiznya lebih kecil daripada biasa. Oh.. Ayam serama. Hohoho.

Ayam Serama FITC

Pendapat peribadi

Sejujurnya bagi aku, kunjungan ke Farm In The City ini sememangnya satu pengalaman yang menarik terutamanya pada kanak-kanak yang dalam lingkungan usia 2 tahun ke atas. Tempat ini juga sesuai yang sesuai untuk dikunjungi pada bila-bila masa sahaja, malah boleh dikatakan jika korang ingin berkunjung ke Farm In The City ini pada waktu tengahari sekali pun tetap tiada masalah (jika ada yang risau akan cuaca panas terik).

Ini kerana, suasana didalam “farm” tersebut yang redup dilitupi dengan pohon-pohon yang merimbun, dan juga terdapat juga satu laluan khas yang disediakan bagi mereka yang datang bersama stroller bayi.

Nota tambahan:

Waktu operasi Farm In The City ini adalah seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang (Isnin-Jumaat), manakala 9.30 pagi sehingga jam 6.00 petang (Sabtu dan Ahad). Ditutup pada hari Selasa kecuali pada musim cuti. Maklumat lanjut boleh rujuk Facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

p/s: Seronok bila tengok anak gembira. Layan mereka bermain. Dalam perjalanan pulang, anak tertidur kepenatan. 😉

Baca juga – Kali kedua ke Farm In The City


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. Pernah tengok Signboard Farm In THe City… Tapi tak pernah tahu pun apa yang terdapat di dalamnya… Bila baca entri ini barulah saya tahu.. Terima kasih di atas perkongsian info…

  2. semoga tahun ini sy bs balik silaturahmi ke sodara di penang nd cuba ajak berkunjung ke farm in the city. harga tiketny jg murah. thanks cikgu informasiny 🙂

  3. anak dah g ikut rombongan sekolah. mak bapak blum. ni rasa nak g sbb anak ada brsungut. buka la web nak tgk info. huh.. bahasa cina n bahasa inggeris. mana BM?saya rasa ralat apabila info2 utama tidak menggunakan bahasa kebangsaan yg difahami oleh semua rakyat, tak kiralah di Malaysia atau negara mana pun.kenapa ya? SEDIH. tapi nak g jugaqlah demi anak2.

  4. saya belum pernah pergi lagi ketpt tu boleh tak emailkan pada saya alamat email tpt tu utk saya nak buat permohonan membuat lawatan kesitu nak bawa pelajar tadika pada 03.11.2016 (khamis) 2 bas nak bawa ni. hubungi saya PN SHIDA 0169704818. atau email saya.

Leave a Reply to Mus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *