in

Seronoknya Apabila Dapat 1TB Storage Percuma Untuk Backup Gambar


Berbanding 20 tahun lepas, aktiviti bergambar dalam era digital ini membuatkan kita makin malas untuk mencetak gambar-gambar untuk dimasukkan ke dalam album. Menyebabkan storan didalam telefon pintar misalnya semakin lama semakin berkurang.

Akan tetapi, dalam masa yang sama juga kita tidak mahu kehilangan moment-moment indah yang telah dirakamkan bersama-sama insan yang tersayang.

Sekiranya seseorang itu mempunyai modal yang agak tebal, masalah ruang storan gambar yang tidak mencukupi ini mungkin bukan satu ancaman bagi mereka. Ini kerana mereka boleh membeli external hard disk yang berkapasiti besar, tak kurang juga mungkin boleh melanggan pelbagai jenis storan awan untuk memenuhi keperluan mereka.

Namun begitu, sebaliknya bagi rakyat marhaen seperti kita. Setiap sen yang ingin dikeluarkan adalah ibarat sebutir permata.

Bersyukur kerana terdapat satu jalan penyelesaian bagi mereka yang mempunyai kekangan wang ini bilamana tersedianya satu aplikasi, Flickr, yang menawarkan storan sebesar 1TB secara percuma.

Untuk mendapat storan tersebut, mudah saja. Yang mana mereka yang berminat hanya perlu memuat turun aplikasi Flickr daripada Apps Store ataupun Play Store masing-masing. Kemudian akaun didaftarkan atau login saja ke akaun Flickr sekiranya telah ada.

Selepas akaun berjaya diaktifkan, pihak Flickr secara automatik akan menyediakan 1000GB storan dan pengguna boleh memilih sama ada untuk memuat naik gambar-gambar ke ruang storan tersebut melalui fungsi auto upload bagi setiap kali gambar atau video baru diambil.

Ataupun, pengguna boleh juga memilih untuk memuat naik gambar ke ruang storan secara auto hanya apabila terdapatnya sambungan wifi.

Tak dilupakan, fungsi muat naik secara manual juga disediakan sekiranya pengguna merasakan tidak kesemua fail gambar perlu di-backup.

Flickr, sepertimana yang telah diketahui umum sebelum ini merupakan laman web daripada Yahoo yang menawarkan servis penyimpanan gambar dan video secara percuma. Ianya terkenal dikalangan jurugambar kerana salah satu fungsinya yang dapat membaca metadata setiap gambar.

Untuk mendapatkannya, sila dapatkannya dipautan dibawah.

Update: Flickr telah tamatkan storan 1TB untuk akaun percuma.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Ramadhan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *