Salah satu menu kegemaran aku adalah seafood. Udang, ketam, ikan, sotong.. pendek kata, korang bagi je la apa pun mesti aku akan makan punya. Kalau jenis yang goreng-goreng tepung, aku paling suka sotong celup tepung. Tapi kalau jenis yang masak berlauk pulak aku paling suka udang butter.
Bagi aku, seafood ni antara nikmat dunia yang paling best. Makan la banyak mana sekali pun,mesti tak pernah puas. Sampaikan kalau dah mengidam sangat kalau pergi mana-mana buffet, nasi memang aku tak ambik dah.. terus makan seafood je. Punya la obses. Hahaha.
Nak dijadikan cerita, actually tempoh hari dijemput oleh rakan untuk menghadiri majlis berbuka puasa dengan syarikat pembekal seafood frozen di Menara KL.
Kalau korang pernah dengar syarikat ini, namanya Pacific West.
Produk-produk keluaran Pacific West ini merangkumi produk-produk seafood yang dah di value added kan. Senang kata, produk diorang bukan seafood yang tangkap dari laut terus masuk peti sejuk beku.. bukan. Tapi, produk seafood diorang adalah produk yang dah diproses macam fish fillet, udang tempura dan bermacam-macam jenis lagi.
Yang menariknya ketika aku berkunjung ke sana untuk berbuka puasa, kerjasama diantara Pacific West dengan Menara KL (iaitu salah satu pelanggan mereka) tampil dengan menu-menu baru apabila chef-chef di Restoran Atmosphere 360 Menara KL, mengolah produk keluaran Pacific West kepada satu sajian yang lebih menarik dan menyelerakan.
Salah satunya adalah main course yang menggabungkan pelbagai produk dan menjadi, Cod Fish Figners with Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns and tempura Natural Calamari Rings served with Vegetables Bouquet and Parslied Crushed Potato.
Dan yang paling sedap, adalah produk Tempura Seafood Combo yang akhirnya dijadikan Dusted Baby Squid with Creamy Prawns Bisque. Makan panas-panas dengan nyalaan api dibawah mangkuk yang sentiasa memanaskan hidangan, makan semangkuk rasanya tak cukup. Hahaha.
Terima kasih lah kepada Chef dan pihak Pacific West atas hidangan yang menyelerakan ini. Tak sia-sia redah kesesakan trafik tempoh hari. Hehehe
By the way kalau korang nak tahu, Pacific West ada keluarkan produk baru yang berupa Tempura Seafood Combo (gabungan beberapa jenis seafood), Sweet Chilli Fish Cocktails (ikan Pollock) dan juga Panko Coated Squid Strips (sotong). Ketiga-tiga produk ini boleh didapati di majoriti pasaraya yang terdekat.
Jadi sekiranya kalau korang nak mencuba produk seafood yang sedap, cuba lah beli ye. Aku paling suka yang Panko Coated Squid Strips. Hohoho