Serius.. Tak Rugi Datang Warung Bunian

Dah lama dah asyik tengok orang check-in je kat Warung Bunian ni. Akhirnya, hari ni sampai juga aku bertiga.

Balik dari KL, perut dah berkeroncong. Bila tanya puan isteri nak makan apa.. Jawapan biasa yang diberikan..

Emm.. tak tahulah nak makan apa. Jap nak fikir..

Adeh.. First world problem betul. Bukan dia je, kadang-kadang aku pun macam tu jugak. Hahaha.

Disebabkan dia tak ada idea punya pasal. Terus je aku teringatkan Warung Bunian. Tapi tak sure buka atau tutup.

Dengan macho-nya, aku bagi arahan pada puan isteri..

Sayang.. Google jap Warung Bunian. Telefon kedai tu buka ke tak.

Dipendekkan cerita, dia Google. Jumpa laman FB Warung Bunian, FB.com/KedaiMakanTapakSulaimanDesaPutra. Terus ambil nombor telefon, call kedai.

Pot..pet..pot..pet..pot..pet..pot..pet

Yes.. warung buka. Kena pulak hari ini hari sabtu.. Maka, lauk yang ada adalah ayam kicap, ketam masak lemak, sambal udang dan sayur goreng.

Fuh.. Puan isteri dengar je ada udang dan ketam.. Terus je dia sepantas kilat book tempat. Nak elak penuh. Hahaha.

Untuk makluman, kat sini tak boleh walk-in ye. Nak datang makan, kena book dulu. Nama je “Warung”, tapi orang yang datang.. Fuh.. Boleh tahan..

Ni dia Warung Bunian – Sumber gambar FB Warung Bunian

Sampai di lokasi.. Bagitahu nama, duduk di meja yang disediakan.. kemudian,  pelayan pun datang bawa hidangan.

Bau? Dah cukup menyelerakan.

Terus pergi cuci tangan. Baca bismillah. Makan. Pehh.. Sedap ko. Memang masakan tradisional pure lah. Cuma ayam je liat sikit. Aku syak dia masak ayam kampung.

Tapi, liat-liat pun. Sampai menjilat jari.

Sampai terlupa awal-awal tu nak snap gambar lauk. Hahaha.

Patutlah warung bunian ni popular, semua lauk yang dihidangkan.. memang terbaik. Licin kitorang makan. Haih.. kalaulah aku datang dari dulu lagi kan.

By the way, nak datang sini tempatnya agak ceruk kedalam. Kalau guna Google Maps, memang boleh sampai. Cuma.. Sebelum sampai, korang akan confuse.. betul ke ini tempatnya?

Dah la lorong nak masuk telus satu kereta je. Parking kereta pun tepi-tepi tebing je. Memang nampak tempat bunian betul.

Nasib la kalau siapa datang lambat, kereta kena park jauh-jauh. Hehehe.

So, total damage datang makan kat Warung Bunian adalah RM42+. Sebabnya hari sabtu, caj untuk sorang makan RM20. Darab 2 dah jadi RM40. Extra RM2.00+ sebab order air lain (air percuma hanya untuk air sirap je segelas sorang). Dan.. Kalau hari biasa, cuma RM15 per head.

Lauk, tak boleh pilih. Dia ada sediakan menunya yang tersendiri mengikut hari. Rujuk gambar menu dibawah.

Haa.. Jadi, pandai-pandailah korang set masa ye.

Untuk book, korang boleh telefon nombor ni, 0173812246. Dan kalau nak rujuk Google Maps, boleh rujuk peta dibawah.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. masa datang sini pun tertanya2x betul ke jalan ni.. masa tu pergi awal pg sangat so serapan je la. Serapan pun sedap gak..time serapan pun ramai orang. Tempat tersembunyi tu yg nama warung bunian. haha

  2. Perghh kena book dulu baru blh g mkn..takle main terjah laa ni..Oo ada hari2 tertentu plak lauk pauk dia masak..harga boleh tahanlaa..lauk pauk nampak cam sedap jer tu..ketam itu menggoda sungguhhhh..bab2 parking jauh ni lemah ni..nak jalan tu malas bila lapar..hahaha..Mmg patut laa kan nama bunian sebab jauh tersorok..Bunian betul..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *