Dalam bulan Ramadan ni kalau bekerja di Kuala Lumpur, memang chances untuk korang berbuka puasa di rumah akan jadi sangat nipis. Nak tak nak kena standby cari port yang agak-agak sesuai untuk berbuka in case kalau tak sempat smpai rumah.
Ye lah, dengan kesesakan lalu lintasnya yang sesak, ditambah pula dengan ramai orang awam yang tak putus-putus berkejar ke sana kemari even kalau nak naik public transport sekali pun. Pendek kata, semua tempat padat dengan manusia.
Betul tak?
Situasi ini aku pernah mengalaminya sendiri beberapa kali sewaktu bekerja di Jalan Ampang dulu. Bila tibanya bulan Ramadan.. kalau ditakdirkan aku ke tempat kerja naik kereta, fuhh.. horror gila.
Tiba je waktu nak balik kerja, mesti hati berdebar-debar. Sebab takut tak sempat berbuka di rumah dan dari pejabat pula nak kena keluar on time bagi mengelakkan tersangkut di tengah jalan raya. Hinggakan sampai satu tahap aku rasa fedup dan sanggup lagi naik motorsikal walaupun terpaksa kena redah hujan ataupun berpanas. Hahaha.
Well, itulah kehidupan. Demi mencari sesuap nasi. Saja aku nak kongsikan ceritakan apabila hidup di kota metropolitan. Perlukan banyak kesabaran, terutamanya di bulan puasa. Aku percaya, situasi ini bukan berlaku pada aku seorang saja, namun untuk kebanyakan orang lain yang bekerja di Kuala Lumpur juga. Kan?
Okay.. Malas nak melalut, dipendekkan cerita.. aku nak tanya korang. Pernah dengar nama FamilyMart tak?
Huh.. Tak pernah?
Okay tak apa. Tak pelik. Sebab sebelum ini pun aku sendiri tak pernah dengar nama FamilyMart. Hanya dapat tahu kewujudannya bilamana ada rakan PR yang telah menjemput aku untuk berbuka puasa bersama-sama mereka di FamilyMart, NU Sentral tempoh hari.
Seriously, sebelum aku kesana.. dalam hati aku tertanya-tanya. FamilyMart ni kedai makan ke kedai runcit? Sebabnya, kalau ikutkan perkataan “mart” yang aku selalu tengok, macam kedai runcit. Betul tak?
Maka, disebabkan perasaan ingin tahu yang mendalam, aku menerima pelawaan rakan PR untuk join aktiviti berbuka puasa disana.
Setibanya aku ke NU Sentral, mata aku ligat mencari bayang kedai yang bernama FamilyMart. Dari satu sudut ke satu aku terjah, dan hanya dengan berpandukan nombor lot kedai, aku gigih mencari tempat yang dicari.
Hinggalah aku sampai disini..
FamilyMart. Yeay jumpa!
Betul firasat aku. FamilyMart ini lebih kurang seperti kedai runcit. Nampak dari jauh seakan-akan kedai runcit 24 jam. Cuma, apa yang aku dapat perhatikan perbezaannya disini apabila, di FamilyMart diletakkan meja-meja serta kerusi untuk pengunjung berhenti rehat dan makan-makan.
Dalam hati aku..
Laa.. no wonder diorang ajak berbuka sini. Ada tempat lepak rupanya.
Sejurus bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang hadir, aku pun tak tunggu lama. Terus terjah masuk ke dalam kedai FamilyMart. Psst.. perasaan curious masih memuncak sebab tak tahu kat sini makanan apa disediakan. Hahaha.
Setiap pelusuk kedai aku teroka, belek itu belek ini.. dan hasilnya.. barulah aku betul-betul faham. FamilyMart, walaupun daripada jauh fizikalnya nampak seperti kedai runcit, namun sebenarnya ia merupakan kedai yang membawa konsep konbini concept. Yakni konsep yang menggabungkan penjualan produk dan servis bagi memenuhi kehendak setiap pelanggan.
That’s why di dalam dijual dengan pelbagai jenis makanan, namun diluar pula disediakan meja dan kerusi. In case dalam bulan Ramadan seperti sekarang ni, aku rasa kewujudan FamilyMart sangat membantu bagi mereka yang tak sempat berkejar pulang berbuka puasa dirumah. Beli makanan, duduk ditempat yang disediakan dan makan.
Bagus.. bagus. Aku suka konsep ni. Memudahkan pelanggan. 😉
Maklumat tambahan mengenai FamilyMart
Untuk makluman korang, aku difahamkan diseluruh Malaysia terdapat 12 cawangan FamilyMart, dan salah satunya (cawangan yang ke-11) terdapat di ground floor, NU Sentral.
Sedikit sejarah mengenai FamilyMart.
- Ia diasaskan di Sayama, Saitama, Jepun pada tahun 1973.
- Mempunyai hampir 25,000 kedai di dalam 8 buah negara iaitu Jepun, Taiwan, Thailand, China, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Malaysia.
- dan master franchisor di Malaysia dimiliki oleh Maxincome Resources Sdn Bhd, yang mana ia merupakan anak syarikat milik penuh QL Resources Berhad.
Produk-produk yang diketengahkan oleh FamilyMart pula merangkumi makanan yang sedia dimakan, seperti FamilyMart’s Signature Oden, bento, onigiri, sofuto ice-cream, sandwiches, roti, pasta dan lain-lain.
Termasuklah juga mereka menjual pelbagai barang-barang runcit seperti snek, barang-barang make-up, facial mask, manicure set, barang-barang keperluan rumah, dan juga servis seperti servis penghantaran, cetakan, pembayaran bil, prepaid top-up dan lain-lain.
p.s: Kalau korang nak tahu, they have a central kitchen to prepare food products fresh and deliver to store daily. Aku dah makan, aku tahu makanan yang diorang jual sedap dan fresh. Siap tapau lagi bawa balik. Hahaha.
p.s.2: I noticed there were plenty of interesting food products from Japan. Agak unik dan rare jugaklah disitu. So, kalau korang sesekali nak mencuba produk asli Jepun, boleh je beli kat sini ok. Pilihan banyak gila!
More details boleh usha FamilyMart.com.my atau FB.com/FamilyMartMY
Cawangan FamilyMart di Malaysia dan waktu beroperasi
- Wisma Lim Foo Yong (Ground Floor) – 24 jam
- MidValley Megamall (Unit F027C, Tingkat 1 North Court) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
- Sungai Buloh-Kajang MRT Line (TTDI Station) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
- Gateway @ KLIA2 (Unit L3-12 & L3-13, Level 3) – 24 Jam
- SS15 (No.20 Jalan SS15/8) – 24 Jam
- MyTown (Lot No. B1-031, Basement 1) – 10.00 pagi hingga 10.00 malam
- Jalan Sultan (Lot 119, Ground Floor) – 24 Jam
- Taylor’s Lakeside (Lot G6, Ground Floor) – 24 jam
- Jalan Sultan Ismail (42 Ground Floor) – 24 Jam
- Changkat Bukit Bintang (18-1 Ground Floor) – 24 Jam
- NU Sentral (G/F 40, Ground Floor) – 6.00 pagi hingga 11.00 malam
- Sunway Velocity (Lot No.1-22) – 8.30pagi hingga 11.00 malam
Wahh best gak ni kan..boleh makan2 kat situ pastu nak beli apa2 pon mudah .. Ayat konbini concept tu rini baru dgr..selama ni tak pernah dgr huhu .. ayat baru laa bagi ahkak .. Tq pih kongsi pasal ni .. Makanan pon nampak cam best2 jer ..
mati-mati ritu ingt kat jepun betul hahaha
Memang kat jepun pun. Eh.. ahahaha
Eh.. Menarik gak ni. Sambil membeli sambil makan. Kalo buka cawangan kat Putrajaya pun best..dekat ngan rumah hihi
Itu la.. pasni kot diorang bukak kat tempat lain. FamilyMart ni baru masuk Malaysia tahun lepas.
Bes… mmg mcm kt jepun la kan..
Bestnya familymart macam2 ada.. Ptt bny lg cawangan diorg buat. Hihi
Baru lagi yanie. nanti akan bukak lebih banyak kot
Makanan Jepun situ mmg smue halal ehh…
Wow, sangat berguna kepada mereka yg guna public transport. mudah
Pelayanan yang bagus akan menjadi dampak bagus pula…. Salam kenal dari Indonesia…
Wah altenatif jika terkena macet nih… Terima kasih infonya
Familymart.. Terlalu baru juga untuk saya..
Tengok macam best je..
Waaaaa nak makanan mknan jepun gak , tq infoo ..
Menarik konsep diorang.. sesuai la dengan jiwa rakyat mesia ni yang memang suka makan dan shopping hehe 😅
Siap ada jual lemang dalam ni kan
Memang senang
Terutama masa puasa
Awal2 tengok gambar kedai tu, rasa macam kedai kt oversea nun. Bila baca sampai habis, ooo patut la. Btw, menarik sangat. Kena try one day.
Wowww… tengok menu dia memang menarik! Lagi-lagi yang macam bento semua tu. Nak try jugak! Kenapa takde cawangan dekat Johor. T_T
Johor belum lagi. Akan datang kot. Baru lagi diorang tu
pengelaman berbuka puasa di familymart 🙂 sekali kali tak apa lah . . .