in

Sepetang Bersama Mak Dara


Serius..sebelum ini belum pernah lagi Hafiz attend mana-mana birthday party orang dewasa. So, bila dapat satu jemputan ke birthday party seorang rakan blogger, Mak Dara..rasa macam terlebih excited pula nak tengok macam mana keadaannya nanti.

Ahad lalu bertempat di Rampai Palace, lebih kurang 20 blogger telah menghadirkan diri ke party tersebut.

hafizrahim_blogger

Blogger lelaki yang lain semua kena denda ambil gambar..kecuali yang comel paling kiri

Birthday party yang disekalikan dengan anniversary ke-2 blog Mak Dara sememangnya best gila. Yang paling best siap ada free gift dan lucky draw. Hafiz lelaki bertuah lagi kacak siap dapat hadiah lucky draw handbag hokeyy. Jangan jeles you. Auw. Haha.

hafizrahim_luckydraw winner

Jimat duit beli handbag isteri

**Sedikit info bagi yang belum mengenali blogger Mak Dara. Beliau merupakan seorang penulis skrip dan terlibat didalam industri hiburan tanah air. Skrip terbaru beliau telah diguna pakai didalam cerita Planet Kiara tayangan TV3.

hafizrahim_makdara

Blogger Mak Dara

Oleh kerana Mak Dara ini pun antara spesis blogger retis juga, so tak peliklah sekiranya semasa birthday party itu diadakan ada pelakon dan producer yang datang (suami mak dara pun orang kuat industri juga ye, En. Martias Ali). Sempat juga lah Hafiz bersuai kenal dengan diorang semua, mana lah tahu kot-kot lepas ini dapat job jadi pelakon extra. Lalu belakang pelakon pun jadi.

hafizrahim_bersama blogger

Antara blogger yang hadir; Yana Yassin, Deq Noor, Siezuka, Farah Waheeda, Dkna

hafizrahim_bersama production manager drama

Tengah bodek production manager..minta job

hafizrahim_emak jejari runcing

Ibu blogger Jejari Runcing pun ada

martias ali_ery zukhairi

Martias Ali bersama Ery Zukhairi

hafizrahim_pasangan gay ke

Gay kah mereka?

hafizrahim

Macho + Hensem + Cute = Comel

hafizrahim_fiza

The other half of mine

hafizrahim_dan fiza

Sepadannnn..

**kredit gambar: Dkna dan Mak Dara

Apa-apa pun all the best untuk blogger Mak Dara. Semoga beliau dan blog terus maju dan diharapkan tahun depan ada lagi jemputan macam ni, then mak dara jemput sekali Emma Maembong sebagai artis jemputan. Boleh saya minta nombor handphone. Hehe.

p/s: Sepetang bersama Mak Dara kemudian Sepetang Bersama Blogger by DenaiHati pula. Meriahnya dunia blog.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

36 Comments

Leave a Reply
  1. selamat hari lahir untuk mak dara, semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Ramainya awek tapi hanya beberapa lelaki kacak =D

  2. pergh…meriah tuh…nak2 kalau ada yg ngaku dia encem dan tomey…hahahaha

    tahniah bro dapat gift tu..jimatlah bro =)

    #salam SBB2013

  3. Nasib baik aku ngan kid kena balik perak je time nie kalau tak kitorang la menang lucky draw tu…. ekekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *