Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo’s 2014

Yeah.. Tarikh rasmi Sepetang Bersama Blogger 2014 ( SBB2014 ) telah diumumkan, 8hb Mac 2014 (Sabtu) menjadi tarikh keramat.

Jika tahun lepas Hotel Singgahsana menjadi pilihan, tetapi kali ini Saloma Bistro Jalan Ampang pula yang menjadi tujuan. Peh..Hebat.

Sumber gambar: Denaihati.com

Dengan menampilkan Yeo’s selaku penaja utama, SBB kali ini dilihat mempunyai sedikit kelainan dalam penggunaan nama rasmi yang telah ditukar menjadi Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, manakala hashtag rasmi pula ialah #SBB2014 #SBBYEOS2014.

promosi-sbb2014

Eh bro, sekejap.. Ada Apa Dengan #SBB2014 ini?

Ces.. ada lagi ke yang belum tahu rupanya? Okay bagi yang masih tertanya-tanya, biar aku huraikan secara ringkas apa keistimewannya majlis SBB ini.

#SBB2014 merupakan satu majlis ramah mesra diantara blogger tanah air dan juga negara jiran yang akan dijalankan secara santai dan berilmiah. Di majlis ini akan terkumpulnya puluhan blogger-blogger ternama untuk saling bertukar pandangan dan cerita. Disamping itu, nama-nama seperti Ben Ashaari, Redmummy, Shafie Bustan dan Zarul Umbrella juga akan hadir selaku panel yang akan menyampaikan tip-tip rahsia dan perkongsian peribadi.

Tidak dilupakan juga hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti 3 unit iPhone 5s, 1 unit iPhone 5c, 1 unit iPad Mini dan 2 unit Sistem Navigasi Garmin bakal menjadi rebutan bagi mereka yang telah berdaftar.

**Perlu diingatkan bahawa, untuk melayakkan diri untuk tersenarai dalam cabutan bertuah, pendaftaran perlu dilakukan dan yuran sebanyak RM20 akan dikenakan. Pendaftaran boleh dilakukan di SBB.my.

Apa? Daftar kena bayar RM20?

Yesza..memanglah kena bayar. Ingat nak booking tempat Saloma ini boleh pakai duit Saidina ke. Hehehe.

Tapi..

Alahai, RM20 je pun. Apalah sangat jika dibandingkan dengan apa yang bakal korang terima. Makanan sedap, ilmu mantap, hadiah menarik.. Silap-silap dapat bawa balik iPhone 5s, bukan ke untung namanya tu. Lagipun kalau tak silap aku hari itu ada terdengar khabar berita bahawa Tuan Denaihati berbesar hati nak sponsor dua ekor kambing golek. Wohoo..sedap.

Sekadar gambar hiasan - Kambing golek di Majlis berbuka puasa bersama blogger tahun 2013
Sekadar gambar hiasan – Kambing golek di Majlis berbuka puasa bersama blogger tahun 2013

So, bagi sesiapa yang rasa nak pergi boleh lah daftarkan diri cepat-cepat ye. Aku kalau tak ada aral melintang, Insha Allah akan sampai.

Nota penting: Kalau dah daftar, pastikan buat name card siap-siap. Nanti masa SBB passing pada rakan-rakan blogger yang lain. Marketing namanya tu. Mana tahu tak lama lepas tu akan ada rezeki masuk. 🙂

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *