Aku memang tak faham dengan sesetengah orang. Hidup mahu bergaya, nak kereta besar, smartfon mahal, makan pula tiap-tiap hari nak yang high class. Tapi realitinya, benda yang kecil-kecil macam bayaran bulanan Indah Water RM8 sebulan pun nak berkira. Aduhai.. Sendiri punya tandas tu, tempat berak kencing.
Nak kata sibuk sangat sampai tak ada masa untuk pergi bayar di kaunter, takkan lah sampai 4 tahun tak ada masa langsung. Paling busuk pun kalau dah malas sangat nak start kereta pergi bayar bil, boleh je bayar melalui online banking. Sekarang ini kan zaman mudah. Masuk no akaun bil, buat pembayaran dan settle.
Hmmm.. Tak tahulah apa masalahnya. Mungkin memang jenis kedekut nak bayar.
Buat pengetahuan korang, ini bukan bil aku. Tapi bil atas nama bekas tuan rumah yang aku beli dulu tu. Dan bil ini bukan untuk rumah yang aku duduk sekarang, tapi untuk rumahnya di Negeri Sembilan. Maksudnya disini, bil untuk rumah lain tapi pakai alamat rumah aku.
Well.. Kalau ikutkan, benda ini macam tak ada apa-apa effect pada aku, tapi agak bengang jugak lah. Dah lah lost contact, dan itu pula belum masuk cerita bab surat-surat dari bank atas nama dia yang selalu sampai ke rumah aku. Tiap-tiap minggu mesti ada. Haishh.. Apa nak jadi la.
Nota: Sekarang majoriti rumah pakai tangki najis (tangki septik) individu. Let say kalau korang tak pernah bayar bil Indah Water, nanti bila masa tangki najis rumah korang tu dah penuh.. Indah Water takkan datang sedut najis-najis dalam tangki tersebut, unless korang pergi bayar bil tunggakan. Haa.. Jangan main-main ek.
p/s: Korang jangan ada perangai macam ni ye. Tandas korang, sendiri berak sendiri bayar tau. Bukan mahal pun, RM8 je. Makan KFC pun lagi mahal. #RasaBengang.
Gua tertanya juga… Awat gua xdapat bil nie ek? Ke pakai alamat tuan rumah gua sekarang?
Mungkin jugak dia pkai alamat dia menetap sekarang bro.
Mungkin gak la… patut la xpernah dapat
Haha..ingat ye semua..sendiri berak, sendiri bayar la..
Tahniah bro..tajuk memang best! 🙂
tajuk yang bro guna agak kasar juga namun mesej boleh sampai pada sasaran…mungkin orang ada bil tertunggak ini ada masalah kewangan..
waaaaahhhh… itu memang menyesakkan post box.. biasa, apa yang aku buat.. aku palang kat luar surat tu.. dan tulis “PINDAH” or tandakan kat belakang kotak2 surat tu yang biasa ada tu.. then masukkan balik ke peti surat pos Malaysia.. pastu, memang takde dah datang surat tu kat alamat umah aku… hehehehe
selamat mencuba!!!
Dah buat bro. Masih ada lagi yang degil masuk peti surat aku. Mungkin yang baru kot since IC dia guna alamat rumah aku. Hoho
Sama laa…..aku pun ada gak dapat lagi macam-macam surat penyewa yang terdahulu
bolehlah apply untuk FiT Biogas ni…
nasib baik la orang yg sewa rumah aku tu sendiri sedar dan nak bayar bil indah water.., dorg ckp “kami yg duduk kami la yg byr..bkn tuan rumah..”
maybe sebab aku hensem kot.. *tetiba
untung ler tuan rumah hensem maka penyewa pun sejuk hati nak bayarkan bil tangki septik…haha.
Bg yang xnak byr tue, aku suggest korang pergi ke mana-mana wastewater treatment plant. Mungkin korang blh ubh persepsi korang lepas nie.
marah broo,
rumah aku dah pernah dapat benda ni.
tinggal di kota memaang merasa la nak bayar semua ni hehehe…:)
Haha..ada jugak macam ni yer..kat kampung ni tak ada masalah sangat pasal menda ni..haha..kurang cakna sungguh la insan tu,..
dia lebih rela najis2 dibiarkan kottt… mane la tau kan, taste dia..
Begitulah kehidupan sekarng ini, hal-hal yang kecil justru terbaiakna dibanding hal yang lebih tinggi dan memerlukan biaya mahal pula.