Sendiri Berak, Orang Lain Bayar

Mood agak bengang lagi kali ni.

Mana tak bengangnya kalau sebelum ini pemilik rumah lama asyik mengelak untuk bayar bil yang sepatutnya dijelaskan dahulu sebelum handover rumah yang Hafiz beli beberapa bulan lepas. Bil TNB, bil Syabas..Dua-dua pun sama. Kes terbaru ialah tunggakan bil Indah Water ataupun lebih mesra jika disebut “bil sedut tangki najis” yang dilampirkan bersama surat amaran terakhir dari pihak peguam Indah Water Konsortium.

Disebabkan surat itu yang merupakan surat amaran terakhir, nak tak nak walaupun tak berapa sihat Hafiz terpaksa juga pergi ke ibu pejabat Indah Water Konsortium yang terletak Pusat Bandar Damansara untuk selesaikan apa yang boleh.

Agak terkejut juga dan langsung tak disangka, rupa-rupanya jumlah keseluruhan tunggakan bil sedut tangki najis yang terkumpul bermula dari tahun 2010 itu berjumlah RM240 sama dengan 30 bulan dah tak berbayar. What the ^$&@! RM8 sebulan pun liat ke nak bayar. Kereta, handphone canggih-cangih boleh pula pakai.

sewage_system

Dulu masa Hafiz baru nak beli, bukan main beria lagi si pemilik asal lama ini manis mulut bagitahu yang rumahnya memang dah tak ada langsung tunggakan untuk mana-mana bil. Kita pun percaya lah. Sekali bila dah settle urusan jual beli..tu dia. Berduyun-duyun surat tuntut hutang sampai.

Bila dah jadi macam ini, Hafiz terpaksa hubungi semula peguam yang menguruskan urusan jual beli rumah tempoh hari untuk meminta pertolongannya untuk hubungi pemilik asal yang lama. SEBAB..pemilik asal yang lama dah malas nak jawab panggilan telefon Hafiz. Lepas dapat duit terus diam. Call tak pernah jawab. Return call pun tak ada.

Hmm..nampak gayanya terpaksalah tunggu dulu 1-2 hari ini hingga peguam itu bagitahu sama ada dapat hubungi pemilik asal yang lama itu atau pun tak. Kalau peguam itu sendiri pun tak dapat nak contact, Hafiz kena buat sendiri surat pengecualian bersertakan bukti surat perjanjian jual beli rumah (S&P). Dugaannn..Dah dapat satu kerja baru yang menyusahkan.

Update: Indah Water dah waive-kan deposit owner lama (dengan syarat kena tunjuk bukti surat perjanjian jual beli rumah), then lepas tu dah boleh buka akaun baru atas nama Hafiz sendiri. Settle.

p/s: Tak sangka beli sesama orang yang memang dah kenal pun kena macam ni. Ibarat menolong anjing tersepit.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

24 Comments

Leave a Reply
  1. bro.. sama macam rumah sewa yang saya duk ni..
    tuan rumah india. tak bayar tunggakan sampai surat peguam sampai..
    then bila cakap kat org tengah yg sewakan kat kami, dia cakap abaikan..
    risau jugak kita yag duk ni kene sekali… hmmmm..

  2. ini la selalu masalah yang akn timbul.. DT keje kt MBSA, orang asik marah marah je… padahal bukan salah ktorg.. ktorg tempat mengadu je..

    • Indah Water dah waive-kan deposit owner lama (dengan syarat kena tunjuk bukti surat perjanjian jual beli rumah), then lepas tu dah boleh buka akaun baru atas nama sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *