Buat masa sekarang aku memang tak ada apa-apa urusan yang melibatkan pengesahan bermastautin di Selangor. Tetapi aku dapat rasakan, suatu hari nanti mungkin aku atau ada orang lain yang akan perlukan info yang berkaitan dengannya.
Terlanjur ada seorang jiran berkongsikan info mengenai pihak yang bertanggungjawab serta mempunyai authority untuk mengesahkan status bermastautin seseorang yang menetap di Selangor, berikut aku kongsikan pula info berkenaan untuk rujukan korang.

Sebenarnya baru hari ini juga aku tahu walaupun tinggal di kawasan bandar dan perumahan moden, masih ada lagi jawatan penghulu. Ingatkan jawatan tok penghulu ini ada dekat kampung je. Hahaha
p.s: Pengesahan bermastautin bukan hanya diperlukan bila kita nak kahwin, nak minta bantuan, mohon biasiswa ataupun beli rumah, tetapi adakalanya diperlukan juga bila nak apply anak masuk sekolah tertentu.
baru tau jugak . hahaha tok penghulu … ingtkan zman dlu2 je or kt kg kg jeee
Terima Kaseh kerana shared info yang baik untuk warga Hulu Langat