Senarai Hitam Jika Tidak Bayar Pinjaman

Ini lah akibatnya kalau terlupa nak uruskan hal-hal yang penting. Balik kerja tadi dapat surat amaran senarai hitam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkenaan dengan pinjaman pelajaran yang tidak dibayar untuk tempoh 6 bulan.

Senarai hitam pinjaman pelajaran
Untuk mengetahui apakah tindakan yang bakal dikenakan pada peminjam jika gagal membayar tunggakan pinjaman, boleh klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Aiseh.. betul-betul tak sangka boleh kena macam ni. Sebenarnya bukan aku hendak melarikan diri dari membayar hutang.

Tetapi ia terjadi disebabkan aku terlupa untuk set kan auto debit daripada akaun bank. Sepatutnya bulan Januari yang lalu aku perlu set-kan semula dalam online banking akan jumlah bayaran yang perlu ditolak daripada akaun terus ke akaun Mara. Tetapi entah macam mana boleh terlepas pandang (kesilapan sendiri).

Patutlah bila time dapat gaji rasa macam ada something je yang belum bayar. Rupa-rupanya duit MARA.

p/s: Orang tua aku dah bebel-bebel suruh pergi settle cepat. Hahaha.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 18 Comments

    Leave a Reply
      • Boleh sy tawu berapa kadar bayaran bulanan pinjaman mara?saya nak quit belajar peringkat master. mara dah bagi sy sejumlah 13k..tinggi ke byrn bulanan?

        • Kadar bayaran ikut total pinjaman yang kita apply n jadual bayaran balik yang mara keluarkan. Macam saya total kurang 20k.. beberapa tahun pertama rm50.. beberapa tahun kemudian rm100.. then beberapa tahun kemudian lagi jadi rm150. Sampai habis bayar. Ada jadual yang tetap. So based dari situ je. Takde interest macam ptptn.

    1. Nasib baik saya tak pernah buat apa2 pinjaman dengan MARA..harap bro Hafiz dapat selesaikan masalah ni cepat..

    2. Rasanya masih ada kesan buruk juga jika terlalu bergantung pada “auto debit”

      Bro segala pembayaran tetap dilakukan secara manual. Setiap bulan, so nampak mana yang dah bayar, mana yang tak bayar dan mana tak bayar langsung he..23x

    3. salam…sy da lame x byr mara.ds dpt surat makamah da pwn..tggal pergi je..boleh sy tau..ape yg akan mahkamah beri tindakan kepade sy..??

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Manisnya Berblog

    Saman MPSJ