Perkahwinan itu bukan setakat melafazkan akad nikah didepan tok kadi. Perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan permasalahan dimasa akan datang.
Tidak dinafikan ada sesetengah orang yang terpikat untuk mendirikan rumah tangga bersama warga asing. Itu namanya jodoh.
Namun, untuk membolehkan perkahwinan mereka sah disisi undang-undang, ada satu langkah awal yang perlu dibuat terlebih dahulu. Iaitu dengan menyediakan dokumen-dokumen peribadi untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.
Untuk warga Malaysia, dokumen yang diperlukan adalah:
- Kad pengenalan asal
- Salinan kad pengenalan
- Gambar berwarna berukuran passport
- Dokumen berkaitan sekiranya berstatus duda/janda
- Salinan kad pengenalan wali
- Salinan kad pengenalan 2 orang saksi perkahwinan
- Salinan sijil perkahwinan ibu bapa
- Sijil kursus pra-perkahwinan
- Borang Ujian Saringan HIV dan keputusan ujian HIV
- Borang 2C – boleh dapatkan di Jabatan Agama Islam negeri
- Borang 1 – hanya jika alamat di kad pengenalan berbeza dengan alamat tempat tinggal terkini
- Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Manakala untuk warganegara asing pula:
- Passport asal
- Salinan fotostat maklumat diri
- Salinan fotostat maklumat tarikh ketibaan terkini ke Malaysia
- Salinan fotostat Visa/Pas yang sahlaku
- Gambar berwarna (ukuran pasport)
- Sijil lahir bagi warganegara asing
- Salinan kad pengenalan 2 orang saksi perkahwinan
- Surat Akuan Memeluk Agama Islam atau kad Sijil Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama
- Surat pengesahan taraf perkahwinan
- Surat asal dan salinan fotostat
- Terjemahan asal oleh jurubahasa bertauliah sekiranya surat bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
- Tempoh sahlaku (6 bulan jika tiada tempoh sahlaku)
- Surat kebenaran menikah daripada pihak kedutaan negara asal di Malaysia
- Jika duda/janda, sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu
- Surat keterangan diri dari pihak agama/berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)
- Surat kebenaran untuk berkahwin daripada Jabatan Imigresen kepada pemegang visa/pas pelajar atau pekerja am
- Borang Ujian Saringan HIV dan keputusan ujian HIV
- Borang 2C – boleh dapatkan di Jabatan Agama Islam negeri
- Borang 1 – boleh guna alamat bakal pasangan dan dapatkan pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu
Maklumat tambahan:
- Warganegara asing tidak diwajibkan hadiri atau memiliki sijil kursus pra-perkahwinan
- Dokumen-dokumen salinan fotostat perlu disahkan oleh pihak berkelayakan
makasih infonya bermanpat sekali buat aku