in

Senang Je Nak Cuci Uri


Kalau ikutkan pengalaman, kali ini dah masuk kali kedua aku cuci uri anak sendiri. Kali pertama, Khair punya.. Kali kedua pulak, baby H punya.

Actually untuk cuci uri ni, aku tak ada buat ritual-ritual pelik pun sebab dalam Islam sendiri pun tak ada cara yang khusus dalam bab menguruskan uri ini, cuma apa yang aku buat adalah cara yang mudah untuk bersihkan uri.

Kronologi semalam bila dapat je uri pagi tu selepas isteri selamat bersalin, tengahari tu aku dah bawa balik uri tu ke rumah untuk dibersihkan dan ditanam.

Cara aku bersihkan uri, mudah. Mulakan dengan Bismillah..

  1. Aku keluarkan uri dari bungkusan yang hospital sediakan.
  2. Cuci dan bilas uri dengan air bersih beberapa kali sehingga ianya kelihatan bersih dan kurang darah.
  3. Aku letakkan ia di atas kain putih yang bersih, lumurkan garam kasar kemudian ikat betul-betul.
  4. Aku bawa bungkusan uri itu ke laman rumah, kemudian aku gali tanah dalam anggaran 1 kaki.
  5. Selesai menggali, aku letakkan uri dalam tanah, dan tanam uri tersebut disertakan bacaan Bismillah dan juga selawat.

Siap.

By the way, kalau korang rajin Google.. ada bermacam-macam lagi cara cuci uri diluar sana.

Kalau nak yang panjang sikit, siap ada orang rendamkan uri dengan air asam jawa. kemudian cuci dengan air perahan limau nipis dengan bertujuan untuk menghilangkan hanyir darah.

Nak buat boleh.. Tak ada masalah.

Cuma dalam situasi aku semalam, oleh kerana banyak lagi urusan yang perlu diuruskan tengah beratur. Jadi, aku hanya laksanakan kerja yang mudah saja asalkan tanggungjawab selesai.

Nota:

Uri adalah sebahagian organ yang terbentuk dalam rahim ibu. Dari segi hukum agama,

Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya najis. Ia sama hukumnya seperti kaki yang terputus dari tubuh badan. – Sumber, Dr.Zubaidi

Penanaman uri bayi adalah harus dan perlu di tanam di tempat yang selamat. –  muftiselangor.gov.my

p.s: Uri yang tak dicuci akan dipenuhi dengan darah. Korang-korang yang Haemophobia (fobia dengan darah) mesti akan ada sedikit kesukaran nak berdepan dengan situasi ni. Hoho


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *