Seminggu Lebih Tempoh Bertenang

Seminggu lebih tempoh aku kuarantinkan diri (tempoh bertenang) daripada sosial media. Facebook, Instagram, Blog, projek underground.. semua terbengkalai.

Bukan sebab aku malas nak update ataupun tak ada idea untuk menulis.

Tetapi.. sebenarnya ada “sesuatu” yang tak disangka-sangka muncul dalam hidup aku.

“Sesuatu” yang membuatkan fikiran aku melayang. Ibarat mandi tak basah, tidur tak lena.

Bahkan.. boleh dikatakan tiap-tiap hari mata aku akan bergenang dengan air mata..

Anak aku..

Anak didalam kandungan isteri aku.. yang berusia 6 bulan.

Doktor sahkan dia tak berapa sihat.

Sejauh mana tak berapa sihat?

Cukup aku katakan, tak berapa sihat sehinggakan kes dia terpaksa dirujuk kepada pakar bahagian feto-maternal HUKM.

Disebabkan ini.. Aku sedih.. aku takut.. aku takut nak bersuka ria bila terkenangkan nasib anak aku nanti.

Happy Outside Sad Inside

Secara luarannya.. Ya, aku masih mampu tersenyum. Tetapi dalam hati.. masih terasa pilunya.

Ahli keluarga, sahabat handai.. nasihatkan aku bersabar.

Insha-Allah. Aku cuba kuatkan semangat.

Lagipun.. hidup perlu diteruskan juga, kan?

Daddy sayang adik..

Next week, ada appointment dengan pakar lagi. Semoga aku dan isteri aku diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan kecil ini. Aminnn.

p.s: Cerita sebenar keadaan baby masih didalam draft.. Menanti masa yang sesuai untuk dikongsikan kepada pembaca.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

11 Comments

Leave a Reply
  1. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya ada hikmah di atas setiap dugaan dalam hidup kita ni apiz. Anim doakan moga apiz dan wife tabah menghadapi ujian Allah, moga dipermudahkan segala urusan dan baby dalam kandungan sihat… aaminn

  2. Sabar bro… banyakkan berdoa, buat solat hajat.. buat majlis doa selamat dekat mana2 masjid/surau.. minta qariaah masjid/surau turut sama mendoakan kesihatan baby di dalam kandungan…
    In Shaa Allah, berkat doa orang ramai, dengan izin Allah dapat memelihara baby di dalam kandungan..

  3. Tumpang sedih.. Boleh rasa apa yang fiza rasa sekarang. Korang sabar banyak eh.. InshaAllah, Dia maha mengatahui untuk uji hambanya yang mampu harungi ujian ni. Take care baby..cepat2 sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Affiliate Jobdirumah Memang Best

Warm Up Sebelum Tahun 2016