in

Seminggu Lebih Selsema, Kahak Berdarah. Petanda Kanser Hidung?


Seminggu lebih aku selsema. Bangun dari tidur je mesti berkahak je kat dalam ruang tekak. Hembus keluar hingus hijau pekat, sedut ludah pun berkahak.

Sampai satu masa selang beberapa hari lepas mula selsema, dalam kahak tu dah ada darah. Dan darah tu pulak ada kalanya berketul, dan ada kalanya pulak kahak pun jadi oren.

Bila dah berkahak pelik macam ni, timbul jugak rasa risau. Ye la kan, baru-baru ni je kan heboh Datuk Lee Chong Wei disahkan kena kanser hidung (kanser nasofarink). Takut la benda yang sama kena pada aku kan. Hmm..

Maka, berulang alik lah aku ke klinik. Hingga akhir sekali lepas seminggu lebih, aku decide untuk minta surat daripada doktor klinik untuk rujuk ke pakar ENT.

Dipendekkan cerita, surat dah dapat.. terus aku ke KPJ Kajang. Jumpa dengan Dr. Shahir. First time aku nak berjumpa dengan dia, terpaksa tunggu dari jam 9 lebih hingga jam 11. Walhal queue depan aku ada 3 orang je. Menguji kesabaran betul. Hahaha.

Kemudian bila dah dapat jumpa, checkup dimulakan. Tanya itu, tanya ini.. check mata, check telinga. Dan moment yang paling aku tak boleh lupa.. kedua-dua hidung aku dicucuk dengan benda alah lebih kurang seperti benda ni..

Aku google, keluar namanya.. Nasal Endoscope (correct me if I’m wrong).

Gila weh. Batang besi panjang yang hujungnya ada kamera dimasukkan ke dalam hidung. Serius, masa aku nampak dia pegang terus rasa macam sihat serta-merta. Cuak. Hahaha.

Tapi alhamdulillah, dengan kepakaran yang Dr. Shahir ada, proses pemeriksaan dalam hidung aku guna kamera tadi tak menyakitkan. Cuma rasa senak sikit tu ada la masa batang besi tu masuk, tapi tak memudaratkan.

Ini caranya hidung aku diperiksa

Dan hasil daripada pemeriksaan juga, nothing suspicious. Normal dan tak ada tanda-tanda kanser. Cuma dia kata ada radang dan luka kecil yang boleh saja disembuhkan dengan pengambilan antibiotik, ubat spray dan ubat makan.

Fuhh.. lega. Alhamdulillah.

p.s: Balik dari KPJ terus pergi makan cendol. Next week follow up dengan Dr.Shahir dan pagi ni bangun dari tidur dah tak ada kahak berdarah. Ok dah la tu kot. Hee

Sedikit fakta mengenai kanser hidung (kanser nasofarink)

  • Merupakan kanser yang ke-5 paling kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Difahamkan kaum Cina, diikuti masyarakat Sabah dan Sarawak khususnya Bidayuh adalah golongan paling berisiko mendapat serangan kanser ini.
  • Merupakan kanser yang ke-3 paling tinggi berlaku di kalangan kaum lelaki.
  • Merupakan sejenis kanser yang amat sukar dikesan pada peringkat awal kerana simptom yang tidak spesifik dan hanya dianggap seperti sakit biasa – termasuklah hidung tersumbat seperti masalah resdung, sakit kepala, ataupun hilang deria pendengaran yang mungkin ditafsirkan sebagai jangkitan kuman.
  • Buat masa sekarang, punca berlakunya kanser ini disebabkan faktor genetik, selain kekerapan mengambil makanan masin serta berawet.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *