Agak teruja aku sebenarnya bila mana ketika aku menghadirkan diri ke Seminar Dunia Pelaburan Saham yang ke-11 tempoh hari, aku dapati ramai anak-anak melayu mula mengorak langkah dalam mempelajari selok belok dunia saham.
Seperti yang kita sedari, sebelum ini ramai diantara kita yang telah dimomokkan dengan persepsi negatif yang seakan-akan menghalang jika ada yang berkeinginan untuk melabur.
Ayat-ayat cliche seperti “Main saham haram bro“, “Main saham bahaya bro“, sudah kerap sangat kedengaran.
Bertempat di Dewan Wawasan Menara PGRM Cheras, program Seminar Dunia Pelaburan Saham ini yang dianjurkan oleh Wealth Magnet International Sdn Bhd menyaksikan lebih daripada 450 orang peserta telah menghadirkan diri.
Antara fokus seminar ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang strategi pelaburan khususnya di dalam pelaburan saham di Malaysia.
Ia juga bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta tentang kemahiran-kemahiran teknikal yang diperlukan oleh pelabur dalam usaha membuat keputusan yang pantas dan bijak serta berjaya mendapatkan keuntungan dalam jangka masa yang pendek ataupun panjang.
Menariknya lagi, seminar ini disampaikan oleh Mentor Pelaburan nombor satu Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri Ahmad. Beliau yang merupakan seorang usahawan berjaya dan juga seorang pelabur yang aktif, turut merupakan seorang remisier sejak tahun 2000.
Dengan pengalamannya yang lebih daripada 17 tahun dalam bidang pelaburan saham, kini beliau komited dalam menyumbangkan ilmu-ilmu kepada masyarakat melalui siri-siri seminar pelaburan dan juga buku-buku pelaburan yang dihasilkan. Antara hasil penulisan beliau termasuklah;
- Jejak Mentor Pelaburan Saham (best seller)
- Mudahnya Pelaburan Saham (best-seller)
- Jom Melabur Secara Santai
- dan yang terbaru, Melabur atau Melebur
Seorang lagi mentor yang turut berkongsi ilmu dalam seminar ini iaitu First Vice President, Head of Retail Strategy, Affin Hwang Capital, Dato Dr Mohd Nazri Khan.
Beliau juga yang merupakan Presiden MATA (Malaysian Associates of Technical Analysts) iaitu badan yang bertanggungjawab dan berkuasa dalam bidang Teknikal Analisis di Malaysia yang baru sahaja diikhtiraf oleh International Federation Technical Analyst (IFTA), berkongsi pengalaman beliau yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 17 tahun.
Bercerita lebih lanjut mengenai seminar ini, ingin juga aku berkongsi beberapa fakta penting tentang situasi sebenar kedudukan kita sebagai pemegang status kaum bumiputera didalam pasaran bursa saham. Fakta-fakta ini dikeluarkan sendiri oleh Dato Dr Mohd Nazri Khan ketika sidang media dijalankan.
- Statistik pasaran bursa Malaysia menunjukkan peningkatan melebihi 100% daripada tahun 2008 hingga tahun 2014, dimana pada tahun 2008 nilai keseluruhan pasaran hanya berjumlah RM780 billion, manakala pada tahun 2014 nilai keseluruhan meningkat hampir mencecah RM1.5 trillion.
- Pelabur runcit yang berdaftar dan aktif di Malaysia (yang melakukan pelaburan setiap minggu) adalah sekitar 100,000 orang sahaja dan hanya 4% daripada jumlah itu merupakan pelabur runcit bumiputera.
- Dianggarkan Malaysia mempunyai seramai 6,500 orang remisier dimana hanya 20% daripadanya sahaja adalah bumiputera.
- Angka tidak langsung menunjukkan penguasaan equiti bumiputera terkini hanya dalam sekitar 24.1% (yang menunjukkan peratus kenaikan hanya 2% setiap tahun).
Sedikit? Ya, memang sedikit. Itulah realitinya. Antara punca yang aku dapat fikirkan kenapa kaum bumiputera agak terkebelakang didalam industri ini, mungkin kerana kita tidak diberi pendedahan yang sewajarnya.
Untuk pengetahuan semua, aku difahamkan bahawa seminar ini bakal diadakan sekali lagi pada bulan hadapan. Dengan ilmu-ilmu berguna yang diperturunkan oleh otai-otai saham sendiri, aku rasakan pasti ramai yang akan cuba untuk hadir ke seminar.
Jadi sekiranya anda merupakan salah seorang daripada mereka yang berminat, rebutlah peluang yang ada. Peluang sudah terbuka luas, hanya usaha yang diperlukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai seminar-seminar yang bakal diadakan di masa akan datang, anda semua boleh merujuk kepada contact dibawah:
Wealth Magnet International
016-2296760 | 019-2102796 | 019-3134544
rcs-event@richworks.com.my
www.facebook.com/pages/wealth-magnet
Jom pi next seminar. Ada brAn?!
Berani je bro. jom.. jom.. Tak tahan aku tengok asyik orang lain je yang buat duit.
Ramainya yang hadir. Semoga ilmu tersebut bermanfaat
fuh..banyak gak seminar saham sekarang eh..
Fuyooo.. Menarik tue…
Di sana pun saham sedang digemari banyak anak muda ya? Eh, ada Bumipuetra juga di sana ya?
berkongsi ilmu dunia pelaburan saham ni memang bagus lah.. kena belajar dari mereka yang pakar.. terbaik!!!
orng melayu dah mula nak main saham…dulu susah nak jumpa orang melayu yang main saham…….adapun amanah saham jer…