Dua-tiga hari lepas, aku dan isteri telah ke Bank Negara untuk membuat semakan CCRIS.
CCRIS yang dikenali sebagai Central Credit Reference Information System ataupun apabila diterjemahkan kepada bahasa melayu adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, berfungsi sebagai pusat memproses data kredit yang diterima daripada institusi-institusi kewangan lalu menggabungkan kesemua maklumat tersebut didalam satu bentuk laporan.
Kenapa perlu membuat semakan CCRIS?
- Check blacklist – Untuk membuat semakan rekod pembayaran pinjaman. Mungkin jika ada diantara korang yang memang suka buat pinjaman, kesemua rekod pinjaman akan disenaraikan didalam CCRIS. Jadi boleh rujuk satu per satu sama ada payment cantik tiap-tiap bulan ataupun ada yang terlambat bayar.
- Check penyalahgunaan identiti – Rekod CCRIS ini juga boleh digunakan bagi mereka yang ingin menyemak sama ada berlakunya pinjaman ataupun salah guna identiti yang tidak disedari.
Cara membuat semakan?
Ada dua cara yang boleh digunakan untuk membuat semakan CCRIS. Yang pertama adalah melalui kiosk-kiosk yang disediakan di Bank Negara. Semakan melalui kiosk ini dibuka kepada umum pada hari dan waktu bekerja sahaja.
Cara menggunakannya amat mudah, iaitu dengan memasukkan kad pengenalan dan melakukan imbasan cap jari. Penyata akan dicetak keluar sejurus identiti dikenalpasti.
Cara kedua adalah melalui email, pos ataupun faks dimana korang perlu memuat turun borang senarai semak laporan kredit (CCRIS), mengisi butir peribadi dengan lengkap sebelum menghantarnya kepada alamat dibawah:
BNMTELELINK
Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Telephone: 1-300-88-5465
Fax No: +603-21741515/+603-21741616
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
Melalui cara ini, masa yang diperlukan oleh Bank Negara untuk mengeluarkan laporan CCRIS yang dipohon adalah selama 3 hari bekerja.
Itu sahaja, tak susah kan. Dan setakat ini melalui semakan yang telah dibuat, rekod aku dan isteri bersih sebersihnya. Cuma ada sekali dua je dalam tempoh pinjaman kereta aku terlambat bayar. Tapi itu bukan salah aku, company yang masuk gaji lambat. Haishhh.
Ok..cukup setakat itu berkenaan dengan semakan CCRIS, lain hari aku akan cerita bagaimana nak buat semakan CTOS pula. Choww.
p/s: Ada rakan dalam sektor perbankan pesan, seelok-eloknya semak rekod CCRIS anda setiap 3 bulan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Kalau guna cara kedua, BNM akan hantar statement tu macam mna? by postage or apa?
Eridy recently posted..5 langkah menjaga keselamatan blog wordpress
yerp..by postage ataupun fax bro
tumpang lalu
jika dah isi form dan lampirkan dok yang diperlukan, scan dan emel sahaja kat alamat emel yg tertera tu..
pihak BNM akan reply semula juga melalui emel. lebih mudah berurusan..
Boleh buat semakan. Mana tahu ada yang menyalah guna identiti untuk pijaman.
akubiomed recently posted..Template FotoBESAR untuk WordPress
penting jugak ni.. mana la tau kan ada yang gatal pi guna maklumat peribadi kita…
Farzli recently posted..Pengucapan awam mampu beri kesedaran !
belum check lagi nie…rasanya ok kot.
Bahrain recently posted..Barbie Sudah Bertudung?
Terima kasih di atas perkongsian info… Lepas ni saya pun nak cek CCRIS juga, Untuk tujuan pelaburan masa hadapan…
Anuar recently posted..Syukur Alhamdulillah… Tiada Dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3..
Thnks atas pkongsian ni bro, mmg pnting semak CCRIS ni..rasa nak semak juga kalau mcm ni..
Elih Japahar recently posted..Pertandingan Memancing Joran Festival Konvo Unimas
tak pernah semak lagi… nanti kalau ada masa, kena semak gak nih…
Akuro San recently posted..Resepi Perniagaan Cupcake Dari Rumah
hoho..memang kena semak selalu maa..
titan recently posted..Bayaran komisen pertama dari Geniee.
aku ingat nk kena gi check juga la..hu3
blogger lelaki recently posted..Wordless Wednesday #6 : Si Gembala Kerbau
alamak, aku xnah lak semak kt ccris & ctos..pasni kn bertindak segera ni..
JMR recently posted..Review Filem: Highland Tower
tak pernah semak lagi sebelum ni…nak check la…tapi rasanya ok kot…hee
Ezad Skytech recently posted..Film Review : The Second Sight (Thai)
zaman sekrang ni… fuh silap sikit nama boleh masuk dalam ccris dah kena blacklist
saya cadangkan kiosk ni di tempatkan di setiap bank yg terpilih…supaya mudah org ramai membuat semakan…
Untuk semakan dan buat loan
Untuk rujukan dan buat loan
ada x cara lain untuk semak black list…. contoh… online ke…??
Zaman sekarang semakan semuanya mudah, hanya online sahaja
MySemakan recently posted..Semakan IPU Indeks Pencemaran Udara Terkini