in

Semak Berapa Banyak Masa Anda Telah Dibazirkan Dengan Fungsi iOS Tersembunyi Ini


Perasan tak perasan, dalam sehari boleh dikatakan tempoh masa kita yang diluang bersama telefon lebih banyak daripada masa yang diluang bersama keluarga.

Notifikasi yang terpampang di skrin telefon sering menghantui kita untuk menggerakkan tangan untuk melihat apakah yang dihantar kepada kita seterusnya membuatkan kita ralit untuk kemudiannya melompat dari satu aplikasi sosial media ke satu aplikasi sosial media yang lain.

Untuk menyedarkan korang betapa banyak masa yang telah digunakan menatap skrin telefon setiap hari, iOS hadir dengan satu fungsi tersembunyi. Fungsi ini yang sememangnya ringkas, tetapi boleh dikatakan kebanyakan orang tidak tahu akan kewujudannya.

Klik Settings > Battery.

Di mana pilihan asalnya adalah paparan kadar penggunaan bateri oleh aplikasi yang terpasang didalam telefon.

Namun, sekiranya korang menekan ikon jam disebelah paparan rekod Last 24 hours dan Last 7 days, paparan akan bertukar kepada rekod yang boleh memberitahu korang selama manakah korang menghabiskan masa untuk sesuatu aplikasi.

Sebagai contoh disini – untuk tempoh seminggu, dapat dilihat tempoh masa yang diluangkan oleh aku untuk aplikasi WhatsApp adalah paling tinggi berbanding aplikasi lain.

9 jam seminggu? Dah semacam keluar pergi kerja pagi, balik petang. Boleh consider sebagai pembaziran masa yang terlampau jika tiada perbincangan berfaedah dibincangkan. Renung-renungkan lah.

p.s: Facebook, Twitter dan Instagram tu bukan pembaziran masa. Sebab dah melibatkan kerja-kerja online. Cari bahan katanya. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *